suria

Kes meningkat, tapi betul ke kita dah ikut SOP? Doktor dedah 3 kisah degil kuarantin, ujian swab sia-sia - “Saya ada jamuan buka puasa kat rumah...”

Seorang lelaki menjalani ujian swab Covid-19. -gambar hiasan. foto AZMAN GHANI/The Star

RAMAI kurang senang dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Kebanyakan masyarakat mengeluh dan kesal apabila syarat semakin diperketatkan sedangkan mereka merasakan telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun, seorang doktor mendedahkan beberapa kes membabitkan orang awam yang didapati tidak mematuhi SOP sehingga membolehkan penularan jangkitan dalam komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tak cakap benda betul, doktor kena kuarantin... 'sakit' lihat anak meraung minta dukung - "Tolong jangan menonong masuk klinik"

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor cemas, sekampung kecoh! Pemuda dakwa kontak pesakit positif Covid-19 lari dari bilik isolasi - "Dia tunduk muka, beritahu sesuatu yang mengejutkan"

"Jika anda tertanya-tanya mengapa kes meningkat, kita harus melihat diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita dan bertanya adakah kita mengikut SOP yang betul.

"Walaupun Covid-19 sudah agak lama menular, nampaknya segelintirnya masih tidak pasti apa yang harus dilakukan sekiranya anda terdedah kepadanya," tulis Dr Aida Zabidi menerusi satu perkongsian di laman Facebook, sambil memuat naik tiga kes sebagai pengajaran.



Petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19. -gambar hiasan

Kisah pertama, Dr Aida berkongsi mengenai seorang pesakit lelaki yang dihubungi bagi memaklumkan keputusan ujiab swab yang dibuatnya disahkan positif Covid-19.

"Respons dia, Hah? Takkan saya positif doktor, salah kot!"

Menurut Dr Aida, seorang doktor kemudian bertanya keberadaan pesakit itu berikutan bunyi latar belakang begitu bising, sedangkan dia seharusnya menjalani kuarantin selepas didapati kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19.

"Saya ada jamuan buka puasa besar kat rumah saya. Mak ayah datang melawat. Kemudian menerusi panggilan telefon, kedengaran suara seorang kanak-kanak dekat lelaki itu menyanyi Alif Ba Ta," katanya.



Kes seorang lelaki berbuka puasa bersama keluarga ketika tempoh kuarantin.

Sementara itu, kisah kedua berlaku apabila seorang pesakit wanita dihubungi bagi memaklumkan keputusan ujian Covid-19 yang dibuat adalah positif.

"Oh tidak doktor. Saya sudah pun kembali ke tempat kerja selepas ujian swab. Kemudian saya keluar makan tengah hari. Selepas itu, saya juga menziarah mentua saya," kata beliau memetik perbualan pesakit berkenaan.

Jika anda tertanya-tanya mengapa kes meningkat, kita harus melihat diri kita dan orang di sekeliling kita dan bertanya adakah kita mengikut SOP yang betul

DR AIDA ZABIDI

Dr Aida berkata, seorang doktor kemudian bertanya kenapa pesakit berkenaan bergerak ke sana sini selepas menjalani ujian swab.

"Respons pesakit itu... jika saya positif, saya perlu kuarantin. Kita tak tahu lagi sebelum ada keputusan, jadi lebih baik keluar dahulu. Boleh saya buat semula ujian swab? Sekadar nak pastikan," kata pesakit kedua.



Kes seorang wanita yang kembali ke tempat kerja sebelum mendapat keputusan ujian swab.

Bagi kes ketiga, Dr Aida memberitahu terdapat lima sekeluarga yang datang menjalani ujian swab selepas bapa mereka didapati positif Covid-19.

Tambah beliau, kelima-lima ahli keluarga itu ditempatkan di sebuah kabin di luar bahagian kecemasan di sebuah hospital.

"Dekat waktu berbuka puasa, staf datang nak serah makanan kepada mereka. Tapi kabin kosong. Kami cuba mencari dan menghubungi mereka. Melarikan diri ke?

"Mereka kemudian ditemui berbuka puasa di salah sebuah kafe di hospital. Oh ye tiga daripada kelima-lima mereka didapati positif Covid-19," jelasnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Aida bagaimanapun berkata, ia hanyalah beberapa kes yang dikongsi oleh seorang rakan yang bertugas di pusat ujian Covid-19 dalam tempoh dua minggu.

"Jika didarabkan dengan bilangan klinik atau hospital dan jumlah bulan, adakah anda dapat membayangkan berapa banyak kemungkinan penularan kes boleh berlaku?" katanya.



Kes lima sekeluarga yang merupakan kontrak rapat kepada bapa postif Covid-19.

Sehubungan itu, Dr Aida menegaskan bahawa mereka yang sakit, perlu menjalani isolasi atau pengasingan diri tanpa keluar dari rumah.

"Jika anda demam, tolonglah lakukan ujian swab. Jika anda merupakan kontak kepada pesakit Covid-19 (yang menjadikan ada adalah individu dalam siasatan atau PUI), anda perlu menjalani kuarantin selama 10 hari, meskipun ujian swab anda adalah negatif.

"Tolong jangan kembali ke tempat kerja, atau keluar seperti biasa dan lain-lain. Tolong patuh SOP, kita semua ada tanggungjawab untuk mengekalkan penjarakkan, memakai pelitup muka dan mencuci tangan, dan tidak meletakkan orang lain dalam situasi berisiko," kata beliau sambil menasihatkan orang ramai mendaftar untuk suntikan vaksin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain