suria

Ustaz ajar al-Quran sememangnya tahu rokok haram, tapi masalahnya susah nak berhenti... semuanya gara-gara geng merokok berjemaah – “Bukan kawan tu yang jaga di hospital”

Seorang guru agama berkongsi pengalaman mengenai tabiat merokok. -gambar hiasan

ANTARA kita pasti berazam untuk berhenti merokok, menyebutnya mungkin mudah tetapi belum tentu senang untuk melaksanakannya.

Umum mengetahui bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia membawa kemudaratan.

Jika seseorang itu mengambil keputusan untuk berhenti merokok, bagaimana dengan orang di sekeliling? Adakah mereka juga menyokong tindakan bijak itu?

ARTIKEL BERKAITAN: Usia 28 tahun, tiada masalah kesihatan tapi dikejarkan ke zon merah... yang pasti 14 batang rokok sehari! - "Seolah-olah faham, anak yang diriba tiba-tiba menangis"

ARTIKEL BERKAITAN: Stres jerebu disamakan hembus asap rokok di kedai mamak - "Lagi pelik, perokok pakai topeng muka"

Menerusi satu perkongsian, seorang doktor menceritakan pengalamannya bersama seorang pesakit dari Sabah yang menghidap tuberkulosis atau tibi.



Berhenti merokok bukan mudah bagi segelintir individu. -gambar hiasan/foto NORAFIFI EHSAN

"Bah, pakcik, sudah berhenti rokok ka kita?" tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook milik beliau yang merujuk 'kita' sebagai ganti nama 'kamu'.

"Sudah bah, doktor. Ndak (tidak) lagi saya mahu hisap itu barang. Haram sudah ke atas diri saya. Saya tertawa kecil.

"Haram?!! Kan, tahu juga kita (kamu) kan. Kamukan guru agama, bagaimana juga kamu ndak tahu rokok tu haram," kata Dr Sakinah sambil menambah pesakit merupakan guru agama dan mengajar al-Quran.

Namun, pendedahan pesakit tersebut merungkai persoalan mengapa masih sukar untuk menghentikan tabiat merokok.

"Itulah doktor. Barang haram begini, susah mahu berhenti. Ni kawan-kawan ada juga datang rumah, bawa ini barang. Saya bilang (beritahu), haram sudah rokok ni di rumah ini. Jangan lagi bawa," ujar Dr Sakinah mengimbas semula perbualan dengan pesakit berkenaan.



Segelintir individu mempengaruhi rakan untuk merokok. -gambar hiasan/foto YAP CHEE HONG

Dr Sakinah yang merupakan petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kebiasaannya perokok gagal untuk berhenti disebabkan terpengaruh semula dengan ajakan rakan-rakan.

"Nikmat merokok berjemaah tu memang lain, special bagi perokok. Ada je kawan yang sebegini, waktu orang nak berhenti merokok, masa begitulah dia akan menyuakan rokok.

Ada je kawan yang sebegini, waktu orang nak berhenti merokok, masa begitulah dia akan menyuakan rokoK

DR SAKINAH SULONG

"Macam tak puas hati dia kalau kawannya berhenti merokok. Kalau ada orang begini depan mata saya, saya akan sound je, Barang haram lagi mau offer orang!

"Sudahlah orang nak berhenti ketagihan nikotin bukannya mudah. Bila berhenti, ada pula yang dok hasut suruh merokok balik," katanya.



Perkongsian Dr Sakinah Sulong di Facebook.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada masalah untuk berkawan tetapi tidak mendorong rakan itu melakukan sesuatu yang memudaratkan.

"Nak berkawan, boleh. Nak ajak sembang, minum kopi, boleh. Tapi jangan sampai ajak kawan buat perkara yang boleh membahayakan kesihatan dia.

"Sebabnya bila dia tu terlantar sebab strok atau sakit jantung akibat rokok, atau tercungap-cungap mintak oksigen sebab COAD (obstruktif paru-paru kronik), bukan kawan tu yang akan jaga di hospital. Isteri dan anak-anak juga!" katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain