suria

Suami pergi selamanya tinggalkan hutang hampir RM300,000, ada harta tapi isteri tak dapat - “Anak-anak sedih tiap hari makan telur... itu sahaja saya mampu”

Seorang wanita berkongsi kisah keperitan hidupnya yang terpaksa menanggung hutang arwah suami yang tidak mewasiatkan harta ke atas namanya.

ISTERI mana yang tidak sedih apabila suami kesayangan pergi buat selama-lamanya?

Jika sebelum ini si isteri mempunyai tempat untuk bergantung, namun pemergian suami membuatkan dunia menjadi gelap gelita dan hidup seolah-olah hilang punca.

Sebagaimana nukilan seorang isteri ini di laman Facebook, dia berkongsi keperitan kisah hidupnya membesarkan lima anak sejak suami kesayangan meninggal dunia, setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘tewas’ dengan pakwe kedekut hanya sebab sayang, pandai pujuk... berbaloi ke dijadikan suami? - “Setiap kali nak beli, dia WhatsApp suruh belanja”

Menurut wanita ini, mereka sekeluarga hidup bahagia dan boleh dikategorikan sebagai 'keluarga yang senang' memandangkan arwah suaminya sebelum ini bekerja di pelantar minyak, manakala dirinya sendiri merupakan seorang pegawai di jabatan kerajaan.

"Gaji (suami) mencecah RM20,000 setiap bulan, gaji saya pula RM5,000. Suami bekalkan bayaran bulanan cuma tak ada la memenuhi keperluan sebulan tapi saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik-adiknya.



Menurut wanita tersebut, dia dan suami hidup aman bahagia, tidak mempunyai masalah kewangan dan jarang bergaduh selama mendirikan rumah tangga. Gambar hiasan.

"Bagaimanapun selepas kematian suami saya, tidak disangka, suami mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya. Untuk saya dapatlah simpanannya yang tak sampai RM10,000," ceritanya.

Apa yang membuatkan wanita ini agak tertekan apabila saban hari pihak bank akan menghubunginya bagi menuntut hutang yang ditinggalkan arwah suami.

"MasyaAllah... hutang suami saya mencecah RM300,000 termasuk kad kredit, pinjaman, kereta, rumah dan lain-lain. Dengan apa saya mahu bayar?



Ibu mentua wanita berkenaan hanya memberikan wang berjumlah RM500 sebulan dan tidak cukup untuk melangsaikan segala hutang arwah suaminya. Gambar hiasan

"Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang-hutang arwah dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak-anak.

"Saya cuba menuntut pada ibu mentua untuk meringankan bebanan. Bukan tidak dibagi tapi RM500 bulanan tak mampu nak membiayai anak-anak sekolah, makan minum apatah lagi hutang.

"Saya begitu sedih," ujarnya.

Saya terpaksa berdaftar ke AKPK walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak-anak sebaliknya hutang suami.

PELAYAR FACEBOOK

Menurutnya wanita ini lagi, kehidupannya bersama anak-anak berubah sekelip mata sehingga terpaksa bergolok gadai demi membayar hutang dan kelangsungan hidup.

"Saya terpaksa berdaftar ke AKPK walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak-anak sebaliknya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, mihun, biskut, susu, pampers, telur.



Wanita tersebut hanya mampu mengadu nasib kepada Tuhan lantaran tertekan untuk melangsaikan bebanan hutang arwah suaminya. Gambar hiasan.

"Anak saya turut sedih bila hari-hari perlu makan telur. Itu je saya mampu. Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan.

"Jangan biarkan isteri menanggung hutang. Cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwah tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana. Saya tetap sayangkan arwah suami saya. Itulah syurga saya," ceritanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain