suria

Berhenti kerja selepas 15 tahun bergelar pensyarah, wanita ini tolak 2 tawaran demi ibu, anak disleksia... siapa sangka pilih jadi tukang urut - “Peringkat awal saya sangat down...”

Mazuin mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah kerana mahu menjaga anak dan ibunya.

BUKAN mudah untuk beralih daripada kerjaya yang agak selesa kepada yang 'biasa-biasa'.

Namun itulah pengorbanan wanita ini apabila dia nekad untuk berhenti kerja sebagai seorang pensyarah, tahun lalu.

Menurut Mazuin Osman @ Stephen John Clarke, sungguhpun bergelar sebagai seorang pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sejak 15 tahun lalu, namun ia bukanlah penghalang untuknya mengambil keputusan nekad sedemikian kerana mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ibu... Pemuda sanggup 'resign' kerja di pelantar minyak, mahu tebus kesilapan lalu - “Dulu duduk tengah laut sebulan, turun darat seminggu dua...”

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari berhenti kerja, balik kampung selepas putus cinta... kini bergelar isteri selepas sebulan kenal lelaki di ‘live’ Instagram - “Dia jual vespa kesayangan nak bina kehidupan”

"Sedangkan waktu itu saya ada dapat tawaran mengajar di dua IPTA, namun akhirnya saya menolak kerana ibu tidak sihat ketika itu.

"Dalam masa sama, saya mahu beri tumpuan kepada anak saya yang disahkan menghidap disleksia. Saya berhenti kerja sebagai pensyarah pada Februari 2019 dan tinggal bersama ibu di Pontian, Johor.

"Saya dan suami terpaksa berjauhan seketika, dia tinggal bersama keluarganya di ibu kota. Itulah pengorbanan yang kami berdua lakukan, tambahan lagi sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," kata wanita berusia 39 tahun ini.



Mazuin (kanan) bersama tiga orang klien yang mendapatkan khidmat urutannya.

Sejak itu, wanita ini berkata dia mengajar secara 'freelance', selain turut bekerja sebagai tukang urut dan pembantu dapur di sebuah syarikat katering di Singapura.

Namun siapa sangka, pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia bermula penghujung tahun lalu menjejaskan sumber pendapatan wanita ini memandangkan pintu sempadan ke negara jiran ditutup untuk mengekang penularan wabak.

"Mungkin Allah dah aturkan sesuatu untuk saya. Hendak dijadikan cerita, dalam tempoh getir itu, saya ada mengurut seorang kenalan... niat asalnya hanya mahu membantu. Kenalan saya ni dah lama tak boleh berjalan.

"Selama sejam saya mengurutnya, dengan izin Allah, dia mampu berjalan semula. Sejak daripada itu, kenalan saya ini mula rekomen kepada rakan-rakannya yang lain dan sejak itulah, saya aktif sebagai tukang urut hingga sekarang," ujarnya yang aktif terlibat dengan pelbagai NGO sebagai sukarelawan.



Mazuin kini turut aktif sebagai sukarelawan dengan pelbagai NGO, antaranya Ummah Aid Foundation.

Menurut Mazuin, selain mewarisi kemahiran mengurut daripada neneknya yang merupakan seorang bidan dan juga ibunya yang merupakan seorang tukang urut, dia sebenarnya mempunyai sijil urutan refleksologi.

"Kalau ikutkan, dah 10 bulan saya sudah bergelar sebagai tukang urut. Niat saya memang nak menolong orang, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki... hingga hari ini, tak putus-putus pelanggan.

"Cuma impian saya, jika diberikan peluang, saya teringin sangat nak mengurut Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza). Saya memang minat sangat dia sejak remaja lagi. Saya kagum sangat dengan personalitinya," tambah ibu kepada seorang anak ini.

Saya tak nafikan pada peringkat awal dahulu saya sangat down...pernah ada suara kata 'ibu pensyarah tapi anak tak pandai'. Saya sangat terkesan lantas bermuhasabah.

MAZUIN OSMAN @ STEPHEN JOHN CLARKE

BEKAS PENSYARAH

Hampir setahun bergelar tukang urut, Mazuin berkata dia sama sekali tidak menyesal mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah, malah terlalu bersyukur dengan hikmah yang diatur untuknya.

"Banyak hikmah daripada keputusan saya ini. Walaupun saya tak nafikan pada peringkat awal dahulu saya sangat down...pernah ada suara kata 'ibu pensyarah tapi anak tak pandai'. Saya sangat terkesan lantas bermuhasabah.



Antara tulang belakang Mazuin iaitu ibu dan bapa mentua (gambar kiri) dan rakan-rakannya (gambar kanan).

"Saya dulu sangat bersungguh ajar pelajar saya... saya tak boleh terima jika guru tak ada effort ajar anak saya di sekolahnya, jadi saya ambil keputusan ajar anak sendiri. Sekarang dia dah berusia sembilan tahun.

"Dalam masa yang sama saya boleh luangkan banyak masa dengan keluarga dan ibu yang tak sihat. Ibu dah jaga kita daripada kecil, jadi sekarang masa untuk kita berbakti kepadanya pula," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain