suria

Bapa sakit, tidur sambil duduk setiap malam... anak segera penuhi hasrat walau baru dibuang kerja - “Dia hantar gambar dalam grup WhatsApp”

Ayah Safuan sukar tidur malam gara-gara gangguan jantung pada jantung sejak awal tahun ini.

SETELAH 16 tahun berlalu, masalah jantung kembali menghantui warga emas berusia 64 tahun ini.

Ia menyebabkan Salamat Panuntty sukar untuk bernafas sekiranya dia berbaring dan tidur secara normal.

Masalah itu ternyata menjentik hati anaknya, Ahmad Safuan, 24, yang simpati melihat bapanya tidur dalam keadaan duduk di atas sofa pada setiap malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian, anak tunggal tak fikir lama ketika jumpa bakal ibu tiri - “Saya beli cincin, majlis kahwin Disember ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik anak-anak sepi tanpa ucapan, rupa-rupanya memang disengajakan... bapa gagal tahan sebak sewaktu potong kek hari lahir ke-55 - “Siap buat grup WhatsApp asing nak plan”

Tular di aplikasi TikTok apabila jejaka itu berkongsi video mengenai bapanya sehingga ia mengundang sebak netizen.

Dalam video itu, Safuan memaparkan kesukaran dialami bapanya sebelum dia membeli sebuah kerusi malas bagi membolehkan warga emas itu tidur dengan selesa.

"Saluran jantung ayah tersumbat. Dulu pernah bedah masa tahun 2006. Lepas tu dah OK. Awal tahun ni datang balik, tapi kali ni dah tak boleh bedah sebab risiko usianya.

Safuan bersama bapanya yang kini berusia 64 tahun.

"Malam-malam dia tak boleh tidur. Tengok dia baring, kemudian bangun. Dia tidur secara duduk di sofa, kesian bila tengok dia sakit pinggang.

"Kemudian ayah suarakan hasrat untuk beli kerusi malas. Dia hantar gambar dalam grup WhatsApp. Dia minta adik beli, tapi saya terus pergi beli. Saya sekadar rakam video, tak sangka jadi viral," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Safuan, dia mengakui dihujani banyak komen netizen yang bersimpati dengan keadaan bapanya.

Tapi kalau tiba-tiba sesuatu terjadi, saya pastinya terkilan kalau tak sempat tunaikan.

SAFUAN

Malah katanya, ada yang turut berkongsi cerita kenangan mengenai ibu bapa mereka yang telah tiada.

"Paling terkesan ramai kongsi pengalaman sama. Sangat terkesan pada saya. Saya pun risau kalau tak tunaikan permintaan ayah. Nampak kecil, tapi bagi saya ia sangat penting.

"Sebab usia dia pun dah lanjut, tak tahu bila penyakit akan menyerang. Macam sekarang ayah OK. Tapi kalau tiba-tiba sesuatu terjadi, saya pastinya terkilan kalau tak sempat tunaikan.

Sebahagian paparan dalam video tular di TikTok.

"Saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang doakan ayah saya," ujarnya yang menetap di Taman Kinrara, Puchong, Selangor.

Bercerita mengenai dirinya, Safuan sebelum ini bekerja sebagai jurulatih yang banyak membuat program motivasi, namun diberhentikan kerja akibat Covid-19.

Kini, dia menjalankan perniagaan coklat dalam balang (choco jar) untuk menampung kehidupannya.

Selain Safuan, ibunya yang mengusahakan sebuah taska juga terjejas teruk akibat pandemik berkenaan.

Safuan berniaga choco jar selepas diberhentikan kerja sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara.

Kata Safuan, dia cukup sedih apabila ibunya memberitahu hasrat menutup taska berkenaan kerana sudah tidak mampu menanggung kos operasi.

"Saya dah start berniaga sebelum diberhentikan lagi. Allah gerakkan hati saya buat bisnes.

"Bolehlah tampung keluarga. Saya ada dua beradik sahaja. Ayah pula dah bersara.

"Mak saya buka taska tapi tak boleh beroperasi disebabkan Covid-19. Mak ada perancangan untuk tutup, mungkin bertahan sampai hujung tahun ni je," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain