suria

Di sebalik anak-anak sepi tanpa ucapan, rupa-rupanya memang disengajakan... bapa gagal tahan sebak sewaktu potong kek hari lahir ke-55 - “Siap buat grup WhatsApp asing nak plan”

Rakaman sebak penuh emosi itu meraih hampir setengah juta tontonan menerusi laman Twitter sejak Selasa lalu.

RAKAMAN memaparkan seorang bapa menitiskan air mata sewaktu memotong kek ulang tahun kelahirannya mengundang sebak netizen di Twitter.

Menurut anaknya, Muhamad Amir Muim, bapanya, Mat Isa Ghazali, 56, sebak setelah dia dan adik beradik yang lain bersepakat untuk tidak memberi sebarang ucapan hari lahir sebagai prank sebelum majlis dilangsungkan.

Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 27 tahun yang mesra disapa Amir turut mendedahkan video tular itu sudah lebih setahun 'diperam' dalam simpanannya sebelum dikongsi di Twitter pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia” - Bapa 'cool' menangis nikahkan anak, adik pengantin mula rasa tak nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian, anak tunggal tak fikir lama ketika jumpa bakal ibu tiri - “Saya beli cincin, majlis kahwin Disember ini”

"Itu video sewaktu majlis hari lahir ayah yang ke-55 pada 20 April tahun lalu. Saya tak pernah kongsi video tu di media sosial.

"Baru-baru ini saya tengok ada orang kongsi kejutan bagi hadiah kereta pada ayah mereka menerusi Twitter. Jadi saya rasa terpanggil nak kongsikan juga video lama ni.

"Itu kali pertama saya tengok ayah menangis. Sebab setiap tahun kami tak pernah terlepas bagi ucapan.

Amir bersama bapanya menerusi majlis yang berlangsung pada tahun lalu.

"Cuma tahun lepas kami sepakat adik beradik, buat-buat senyap macam lupa sebelum buat majlis kejutan untuk ayah," ujarnya.

Menurut Amir, dia dan adik beradik yang lain sama sekali tidak menyangka bapanya akan menitiskan air mata dalam majlis itu.

Malah jauh di sudut hatinya, terbuku rasa bersalah atas prank yang dilakukan terhadap bapanya yang juga pesara pembantu tadbir Hospital Tanjung Karang, Selangor.

Sebak pun ada bila netizen kongsi kisah mereka yang dah tak ada mak ayah.

AMIR

"Tahun lepas kami dah plan awal untuk tak nak wish. Siap buat grup WhatsApp berasingan untuk plan.

"Pada hari lahir ayah, kami buat biasa je. Macam tak ada apa-apa sehinggalah kami raikan dia dalam sebuah majlis pada belah petang.

"Kami tak jangka, masa tu ayah tengah potong kek. Jadi kami rakam video. Tak tahu pula ayah akan menangis secara tiba-tba.

"Kami anak cucu ramai-ramai terus peluk ayah masa tu. Memang ada rasa serba salah, tapi ayah OK je," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Foto throwback sewaktu majlis kejutan itu.

Dalam pada itu, Amir yang juga pembuat kek dan peniaga kambing perap mengakui tak sangka video sebak penuh emosi yang dimuat naik di Twitter meraih hampir setengah juta tontonan dalam masa singkat.

Malah, dia terharu apabila ramai yang mengirimkan doa buat kesejahteraan bapanya.

"Tak jangka video akan viral macam ni, kita sekadar post untuk diri sendiri, sebagai kenangan.

"Rasa terharu. Sebak pun ada bila netizen kongsi kisah mereka yang dah tak ada mak ayah. Saya doakan ayah saya diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain