Mood rajin nak sental bilik air bertukar ‘tragedi’... mata pedih, muntah sampai sesak nafas dalam masa 5 minit- “Simbah peluntur sikit je”

Seorang pelayar Facebook berdepan dengan tragedi yang hampir meragut nyawa gara-gara menggunakan cecair peluntur untuk mencuci tandas.

CECAIR peluntur lazimnya digunakan untuk memutihkan pakaian dan menghilangkan kotoran degil yang melekat pada pakaian,

Namun ia juga sering digunakan sebagai bahan utama untuk kerja-kerja pembersihan lain oleh surirumah.

Namun malang tidak berbau bagi wanita ini apabila rutin lazimnya menggunakan cecair peluntur untuk menyental lantai bilik air bertukar menjadi insiden yang tidak akan dapat dilupakan seumur hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu panik anak 4 tahun meraung! Mulut ternganga, air liur meleleh... rupa-rupanya gigit sesuatu di luar rumah - “Doktor tanya telan ke, Nashwa tak boleh cakap”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami emergency anak sesak nafas, nak suruh pergi mana lagi?” - 4 kali pindah hospital selepas anak telan syiling... ibu kongsi detik cemas receptionist beri alasan tak cukup katil

Menerusi perkongsian di Facebook, Nur Diyana berkongsi pengalamannya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebaik sahaja terhidu cecair berkenaan yang disimbah ke lantai bilik air.

"Ceritanya malam tadi mood rajin tiba-tiba datang, jadi dengan ringan tangan saya simbahlah cecair peluntur dalam bilik air. Tak ada la banyak mana pun, dalam separuh cawan kecil. Cuma tuang di sinki dan bucu-bucu tandas.

"Nak cuci bilik air la konon rajin tak ada apa nak buat. Sekali lepas simbah cecair peluntur tu biasanya saya akan biarkan la dalam tiga hingga empat jam tapi hari ni malang. Konon nak tidur cepat, lepas simbah teruslah memberus.



Perkongsian seorang wanita mengenai insiden yang dialaminya gara-gara menggunakan peluntur untuk mencuci tandas.

"Sekali tak sampai beberapa minit mata dah pedih, dada dah sakit, dah terbatuk-batuk dan paling teruk tak boleh bernafas! Selang beberapa minit kepala dah mabuk, muntah-muntah, paru-paru terus jadi sempit sesempit sempitnya dalam masa 5 minit je," kata wanita tersebut.

Dalam keadaan risau, wanita tersebut berkata dia cuba berehat seketika dengan harapan simptom-simptom yang dialaminya akan hilang.

Namun tanggapannya meleset sama sekali apabila keadaan bukanlah semakin baik, sebaliknya makin teruk.

"Rupa-rupanya lagi lama tunggu lagi tak bernafas. Sampai nak berdiri pun tak boleh. Terus siap-siap, suami bawa pergi hospital. Sampai je, tak sempat daftar saya terus request nak neb (nebuliser). Tak tahan dah!

"Doktor check, terus neb, drip dan masukkan ubat menerusi drip untuk radang paru-paru. Fuh nasib baik la cepat. Lepas masuk ubat semua, oksigen jadi OK semula. Masa datang tadi bacaan oksigen drop jadi 90. Gila tak sesak nafas," ceritanya.



Antara komen netizen yang turut berkongsi pendapat dan pengalaman.

Menurut wanita itu, insiden berkenaan membuatkannya trauma dan merupakan pengajaran agar dia lebih berhati-hati ketika menggunakan cecair peluntur.

"Memang selalunya guna cecair peluntur ni nak sental bilik air. Okay saja sebenarnya tapi hari ini dah nak malang kan.

"Seriously baru sedar betapa bahayanya cecair peluntur ni. Kalau terhidu macam ni pun dah rasa separuh nyawa, inikan pula kalau terminum. Nauzubillah!

"Hati-hatilah lain kali. Kalau terhidu dan rasa sesak nafas ke pening ke, cepat-cepatlah pergi hospital. Ingat ya, walau kita terbau saja sekalipun, cecair peluntur ni boleh sebabkan kerosakan pada tisu paru-paru dan boleh sebabkan kematian. Tolong peka," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 1,400 shares.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain