suria

“Pintu tren terbuka tertutup, lampu padam sendiri” - Dulu takut, kini rasa unik! Barista imbas detik cemas jalan ramai-ramai atas rel

Darwisy mengimbas semula peristiwa yang berlaku sekitar empat tahun lalu sehingga ia tular di Twitter.

KEJADIAN melibatkan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang mengalami gangguan pada September 2016 sehingga memaksa penumpang berjalan di atas trek ternyata menggemparkan warga kota.

Sudah empat tahun berlalu, ia bagaimanapun masih segar dalam ingatan salah seorang penumpang yang terbabit dalam insiden itu, Muhammad Darwisy Saiful Kamal yang kini sudah berusia 19 tahun.

Malah, dia turut berkongsi foto throwback kisah malang itu menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: LRT Berhenti Mengejut, Penumpang Berjalan Atas Rel

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini apa yang saya suka” - Gadis jelita penuh yakin berzumba dalam MRT

Mesra disapa Darwisy, barista di sebuah kedai minuman popular itu sewaktu dihubungi mStar sempat memperincikan semula kejadian yang berlaku di antara stesen Datuk Keramat dan Damai sehingga menyebabkan penumpang terperangkap selama 20 minit.

"Pada masa itu saya ada pemeriksaan kesihatan, naik LRT bersama ayah dari Gombak menuju ke Kerinchi. Tiba-tiba tren berhenti. Bila agak lama, ramai yang mula cemas.

Tweet dikongsi Darwisy tular di Twitter.

"Kemudian pintu tren terbuka tertutup, lampu padam sendiri. Agak panas juga suasana pada waktu itu.

"Ramai juga yang mula contact emergency sehinggalah kami dimaklumkan perlu berjalan keluar di atas landasan sejauh 100 meter ke arah stesen terdekat," ujarnya.

Mengimbas pengalaman itu, Darwisy mengakui takut untuk berjalan di atas rel berkenaan seperti yang diarahkan.

Pada masa itu juga viral ada orang edit gambar kami para penumpang yang terlibat, jadi poster filem Train To Busan.

MUHAMMAD DARWISY SAIFUL KAMAL

Malah katanya, ada penumpang yang berjalan sambil membawa payung memandangkan hujan sedang turun pada waktu itu.

"Kami kena berjalan 100 meter di atas landasan. Gayat juga bila kena berjalan kat tengah tu, takut terjatuh.

"Agak trauma juga selepas kejadian itu. Mungkin empat ke lima bulan saya tak naik LRT," ujarnya.

Mengulas posting tular di Twitter yang mengimbas peristiwa itu, Darwisy mengakui terhibur apabila mengenangkan semula apa yang berlaku.

Kejadian pada 2016 itu turut mendapat liputan mStar.

"Benda ni macam unik. Jarang berlaku. Sekarang kalau ingat balik rasa kelakar.

"Pada masa itu juga viral ada orang edit gambar kami para penumpang yang terlibat, jadi poster filem Train To Busan.

"Bila saya post di Twitter, ramai juga yang reply. Antaranya yang turut sama terlibat dalam kejadian itu. Macam reunion balik di Twitter walaupun tak kenal.

"Ada juga yang kata teringin nak rasa. Bagi saya, seandainya ia berlaku lagi. Pertama sekali kita jangan panik

"Kedua, kena tunggu arahan pengendali tren, InsyaAllah semuanya OK," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain