suria

Terkejut tengok orang beratur! Ustaz Ebit beli 2 lori tangki air bantu rakyat Selangor, padahal rumah sendiri pun terjejas

Ebit membeli dua lori tangki air untuk diagihkan air kepada penduduk terjejas di kawasan Batu Caves.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah nasib rakyat Selangor yang kini berhadapan masalah gangguan bekalan air.

Lebih parah, negeri ini juga masih kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gara-gara peningkatan kes Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh tarik nafas lega, bekalan air di Selangor dijangka mula disalurkan pagi ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

Namun, sebilangan penduduk Selangor bagaikan boleh menarik nafas lega apabila nasib mereka turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di Insatgram pada Selasa pagi, Ebit membeli dua lori tangki air untuk diagihkan kepada penduduk terjejas di kawasan Batu Caves.

"Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Ramai netizen memuji Ebit atas keprihatinannya terhadap nasib menimpa rakyat Selangor.

"Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana," ujarnya.

Kata Ebit lagi, dia berasa sayu khususnya apabila warga tua juga berada dalam keadaan terdesak dek gangguan bekalan air yang berlaku.

"Ya Allah. Sekali tengok orang beratur... paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan.

USTAZ EBIT LEW

"Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua.

"Pengerusi flat dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) semua kuat membantu bersama AJK surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri yang ada masalah air permudahkanlah Ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Tambah Ebit lagi, terdapat pusat dialisis dan klinik yang turut memerlukan bantuan air dan dia berdoa agar urusannya untuk membantu semua pihak yang terjejas dipermudahkan.

Ebit berkongsi mengenai bantuan yang dihulurkan menerusi Instagram pada Selasa.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur atas bantuan yang dihulurkan pendakwah itu.

Malah, ruangan komen di Instagram Ebit turut dihujani dengan ucapan netizen termasuklah yang mendoakan kesejahteraannya.

"Semoga Allah memudahkan urusan ustaz untuk hal kebaikan.

"Ustaz Ebit Lew superhero Malaysia.

"MasyaAllah, hebat sangat ustaz.

"Semoga ustaz dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain