Bertuah Roy si hitam manis sambut ‘birthday’ ke-2, siap dapat kek dengan lilin... tapi pemilik di Melaka, tengok foto je - “Pernah hilang tak balik tiga hari”

Foto sambutan hari lahir Roy menjadi tular selepas dikongsi pemiliknya di Twitter.

BAGAIKAN acara tahunan untuk kita meraikan hari kelahiran diri bagi memperingati detik bersejarah itu.

Namun, tular di Twitter mengenai seekor kucing yang diraikan hari kelahirannya sehingga mengundang perhatian netizen.

Pemiliknya, Amirul Haziq Affindi, yang kini sedang mengikuti pengajian bidang Kejururawatan di Melaka mendedahkan sambutan itu diadakan di kediaman keluarganya di Subang Jaya, Selangor pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Geramnya! Pelajar ‘pasrah’ dapat kucing minat laptop, digigit-gigitnya skrin sewaktu kelas online

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan - “Kalau geli sekali pun, masih boleh tolong”

"Abang saya yang sambut hari jadi Roy. Saya tak dapat balik rumah sebab PKPB. Majlis itu berlangsung pada Ahad. Kebetulan Selasa merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-20.

"Kalau saya boleh balik, kami dah plan nak sambut bersama birthday saya dengan Roy. Tapi saya masih ada di Melaka sekarang.

"Sebenarnya sebelum ni pernah tengok kucing pakai baju raya. Rasa cute, sebab tu kami terfikir untuk sambut birthday Roy. Tapi kek yang dibeli tu bukan kek untuk kucing, tapi untuk manusia," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai Roy, Haziq menjelaskan ia merupakan satu-satunya kucing yang dibela ahli keluarganya sejak setahun yang lalu.

Haziq sekeluarga bersama Roy.

Ujarnya lagi, dia juga selalu merindui haiwan itu setiap kali terpaksa pulang ke Melaka untuk meneruskan pengajiannya.

"Roy ni kucing yang senyap kat depan kita, tapi dibelakang... dia kucing yang bising. Pernah sekali dia hilang tak balik tiga hari.

"Kami siap post notis di Facebook. Kami risau, sebab biasanya kalau dia keluar petang, malam pastinya akan balik. Hari tu kami tunggu sampai tiga hari.

Roy seekor kucing yang senyap kat depan kita, tapi dibelakang... dia seekor kucing yang bising.

AMIRUL HAZIQ AFFINDI

"Itu antara perkara yang merisaukan, juga saya rasa benda kelakar yang saya ingat mengenai Roy sampai hari ini," ujarnya lagi.

Tambah Haziq, dia juga sudah menganggap kucing itu seperti ahli keluarganya sendiri.

Malah, dia sekeluarga juga tidak merancang untuk menambah bilangan kucing yang dibela setakat ini.

Ramai netizen turut mengucapkan 'selamat hari lahir' kepada Roy di Twitter.

Dalam pada itu, ramai pelayar Twitter turut meninggalkan komen menerusi posting yang meraih lebih 10,000 ulang kicau (Retweet) itu.

Selain ucapan 'selamat hari lahir' kepada Roy, netizen turut mengambil peluang berkongsi foto kucing masing-masing menerusi ruangan komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain