Keliru siapa sebenarnya pemilik suara nyanyi lagu Blackpink, jejaka Sabah segera beri pencerahan... akui paling suka Lisa - “Saya anak sulung, tak ada abang”

Razman semakin meminati kumpulan Blackpink khususnya Lisa (kiri) selepas menonton dokumentari terbaharu mereka.

VIDEO seorang jejaka Melayu yang sedang menyanyikan lagu terbaharu Blackpink berjudul Lovesick Girls mendapat perhatian ramai menerusi aplikasi TikTok.

Menurut Muhd Razmansyah Rahman, 20, ramai netizen keliru dan menyangka individu yang dirakam dari sisi dalam video tular berkenaan adalah abangnya.

"Ada video sebelum ini yang mendapat jumlah tontonan tidak seperti yang saya harapkan. Jadi saya terfikir, apa kata saya buat content lain dari yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar anggap dirinya sama dan senasib dengan Jennie Blackpink, buang rasa malu menari depan KLCC

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, video belum habis edit tapi dah viral! Ramai teruja tengok ‘Blackpink Malaysia’ menari di Bukit Bintang... sayangnya ada juga yang mulut jahat

"Konon-konon saya rakam abang saya menyanyi secara senyap-senyap tanpa dia sedar, sedangkan itu sebenarnya saya. Saya anak sulung, tak ada abang pun sebenarnya.

"Idea itu diambil dari pengguna TikTok luar negara. Dalam video lagu Blackpink tu, saya tengah buat persiapan untuk cat rumah. Konon-konon rakam abang yang nyanyi, itu saya sebenarnya," jelas penuntut Universiti Malaya (UM) itu kepada mStar.

Razman tak tolak rezeki jika ada tawaran menyertai dunia seni.

Mesra disapa Razman, dia mengakui minat terhadap kumpulan K-Pop popular itu semakin bercambah selepas mereka muncul dengan dokumentari terbaharu berjudul Light Up The Sky menerusi Netflix baru-baru ini.

Kata Razman, dia bagaikan terinspirasi dengan kerja keras serta kepayahan Blackpink yang bermula dari bawah sebelum berjaya menjadi salah sebuah kumpulan nyanyian paling popular di dunia.

Salah satu impian saya, saya mahu jadi penyanyi. Kalau ada peluang, saya tak tolak.

MUHD RAZMANSYAH RAHMAN

"Sebelum ini saya sekadar dengar lagu-lagu Blackpink, tapi tak minat sangat. Lepas tengok dokumentari, saya rasa lebih dekat dengan mereka.

"Saya juga pilih untuk cover lagu Lovesick Girls sebab ia tengah trending sekarang. Dokumentari itu banyak tunjuk bagaimana mereka uji bakat sebelum jadi artis.

"Terinspirasi dengan perjalanan mereka. Tapi saya paling suka Lisa sebab dia pandai menari dan kelakar," ujarnya.

Blackpink baru sahaja melancarkan dokumentari terbaharu berjudul Light Up The Sky di Netflix.

Dalam pada itu, Razman turut menitipkan ucapan terima kasih kepada netizen yang memuji nyanyiannya dalam video berkenaan.

Malah kata penuntut bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu, dia tidak menolak seandainya ada rezeki untuk bergelar penyanyi suatu masa nanti.

"Kebanyakan komen puji 'abang' saya yang tak wujud tu. Alhamdulillah terima kasih atas sokongan. Saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik.

Video Razman yang tular di TikTok, kononnya menampilkan abangnya sedangkan ia merupakan dirinya sendiri.

"Saya juga mahu bakat saya diiktiraf. Salah satu impian, saya mahu jadi penyanyi. Kalau ada peluang, saya tak tolak," katanya yang menetap di Lahad Datu, Sabah.

Untuk rekod, Blackpink yang bernaung di bawah syarikat YG Entertainment dianggotai empat ahli iaitu Lisa, Jennie, Rosie dan Jisoo.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain