Tengah syok dating, jejaka terkejut lelaki Bangladesh hulur telefon minta buat TikTok... tindakan teman wanita lebih tak disangka - “Pengalaman baharu buat saya”

Rakaman melibatkan Aizal dan lelaki Bangladesh itu turut menerima hampir setengah juta tontonan di Twitter.

HASRAT seorang lelaki Bangladesh membuat rakaman TikTok berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas berjaya direalisasikan dengan bantuan seorang rakyat Malaysia.

Menerusi video tular di Twitter pada Ahad lalu, Mohamad Aizal Izwan Md Diris, 22, turut menerima pujian ramai kerana sanggup membantu lelaki itu sehingga memberikan kegembiraan buatnya.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Aizal memperincikan kejadian berkenaan yang disifatkan sebagai satu pengalaman baharu buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok punya hal, ibu 5 anak tiba-tiba popular... tanpa bantuan filter kamera - “Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik”

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah lama ditutup, lambakan video TikTok di media sosial oleh pelajar dianggap menjengkelkan - “Saya tak suruh pun mereka tengok”

"Saya pergi ke sana bersama teman wanita untuk lepak-lepak. Lepas makan tengah hari, kami keluar duduk di bangku depan tasik.

"Tiba-tiba lelaki Bangladesh itu dekati kami. Dia bagi telefon, saya fikir dia nak minta tolong tangkap gambar, rupa-rupanya tolong rakam video TikTok.

Aizal bersama teman wanitanya.

"Saya terkejut juga pada mulanya. Tapi saya gembira dapat membantu. Rakaman tu dalam 20 saat sahaja. Ini kali pertama, satu pengalaman baharu buat saya.

"Muka dia pun nampak happy, dia puas hati dengan TikTok yang dihasilkan," ujarnya.

Kita sesama manusia, apa salahnya membantu? Setakat rakam, ambil gambar tu perkara biasa je.

MOHAMAD AIZAL IZWAN

Menurut Aizal, dia juga tidak menyedari teman istimewanya, Nurul Alaika Suhana membuat rakaman video berasingan sewaktu dia membantu lelaki itu membuat TikTok.

Malah, dia sama sekali tidak menyangka ia bakal meraih hampir setengah juta tontonan di Twitter.

Aizal gembira dapat membantu dan menggembirakan seorang lelaki Bangladesh.

"Masa rakam video, saya pun tak tahu teman wanita saya rakam juga video behind the scene. Tak sangka blow up macam ni.

"Pada saya, kita sesama manusia, apa salahnya membantu? Setakat rakam, ambil gambar tu perkara biasa je.

Foto kenangan Aizal bersama teman wanitanya sewaktu mereka ke lokasi itu pada Ahad lalu.

"Jangan kira kaum, bangsa atau apa sahaja. Kalau mampu tolong, kita tolong," ujar penuntut bidang Kejuruteraan di Universiti Malaya (UM) itu.

Kata Aizul lagi, ada pelayar Twitter mendakwa mengenali lelaki Bangladesh itu dan difahamkan dia bekerja di sebuah pusat beli belah di Rawang, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain