suria

Dah 8 tahun tinggal sebumbung sampai anak housemate nak masuk 3, tapi ‘man of the house’ berlagak! – “Harap dapat jodoh baik, boleh keluar rumah ini dengan aman”

Seorang gadis dilema tinggal sebumbung dengan keluarga rakan serumahnya. Gambar hiasan

SAMA ada hidup membujang mahupun berumah tangga tidak seindah seperti yang digambarkan dalam drama atau filem.

Seorang gadis bukan sahaja melalui pengalaman itu, malah menyaksikan perjalanan hidup rakan serumahnya yang dahulu anak dara dan kini sudah pun berkahwin.

Lebih memeritkan, penderitaan itu ditanggungnya selama hampir lapan tahun dan terpaksa meluahkannya demi mencari jalan penyelesaian.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak keluar dengan jejaka B, saya gunakan nama jejaka A..." - Wanita dalam dilema nak pilih suami, hati dan fikiran tak sependapat

ARTIKEL BERKAITAN: "Hari-hari stalk FB, lalu kawasan sekolah anaknya" - Lelaki gila bayang, menangis depan janda 2 anak selepas cinta tak direstui

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh survive hidup macam ni. Saya dan kawan duduk sebumbung dari zaman bujang sampai sekarang dia dah kahwin sampai anak nak masuk tiga.

"Dari dia berkerja sampai dia suri rumah sepenuh masa. Dari kami tong-tong (kongsi) bayar belanja rumah, tinggal saya seorang bayar semuanya," tulisnya menerusi luahan yang dipendam bertahun-tahun di halaman Facebook Luahan Orang Bujang.



Gadis berkenaan berharap agar cepat dipertemukan jodoh. Gambar hiasan

Walaupun membayar sewa rumah, gadis berkenaan berkata, suami kepada rakan serumahnya itu bukan sahaja tidak menunjukkan respek terhadapnya, malah berlagak.

"Konon dia man of the house (ketua rumah/ketua keluarga). Laki dia selepas tujuh tahun duduk rumah ni baru mula bagi RM500 sebulan. Tapi hidup macam dia bayar RM5,000 sebulan," ujarnya.

Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak buat dirinya dan suami rakannya apabila masing-masing kehilangan kerja hinggakan tiada sumber pendapatan ketika itu.

"Saya korek segala simpanan yang ada untuk cover semua bil. Laki dia rokok sendiri je boleh beli. Makan, bil rumah semua tak ada, barangkali kenyang kot makan rokok hari-hari," katanya.



Perkongsian seorang gadis di Facebook.

Bermula pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedua-dua mereka kembali bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan masing-masing.

Bagaimanapun, sikap suami rakannya yang lepas tangan masih tidak berubah.

Selepas tujuh tahun duduk rumah ni baru mula bagi RM500 sebulan. Tapi hidup macam dia bayar RM5,000 sebulan

GADIS

"Acah-acah tong kosong nak tolong sekali bayar bil elektrik yang hampir RM2,000 tu. Habuk je saya dapat sebab dia hanya bagi RM400 dengan alasan jualan tak memberangsangkan.

"Tapi dua kali dah pergi cuti-cuti hotel dengan anak bini. Adil ke dia? Bini balik bangga cerita laki aku bawa aku dan anak-anak pergi sana sini, makan itu ini, kau patut cuba.



Antara komen netizen.

"Macam mana saya nak cuba sebab dia duduk kerja settle, bil saya sangkut. Bagi makan mereka hari-hari. Laki kau pergi kerja balik kerja, duit hanya untuk mereka," tambahnya.

Mahu mencari jalan penyelesaian, dia turut berharap agar dipertemukan jodoh yang baik dan pandai menghargai perhubungan.

"Ini satu-satunya strategi keluar saya. Jadi, saya boleh keluar dari rumah ini dengan amannya. Untuk saya keluar rumah macam tak boleh sebab saya dah labur terlalu banyak," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain