suria

“Nak keluar dengan jejaka B, saya gunakan nama jejaka A...” - Wanita dalam dilema nak pilih suami, hati dan fikiran tak sependapat

Seorang wanita berdepan dilema dalam membuat keputusan untuk memilih antara dua jejaka. -Gambar hiasan

JODOH dan pertemuan itu ketentuan Tuhan, dan hati manusia sering berbolak balik dalam membuat pilihan.

Apatah lagi sekiranya dua pilihan tersedia di depan mata sehingga tidak tahu pilih yang mana satu.

Begitulah yang dialami seorang wanita berusia 25 tahun yang berdepan dilema dalam menentukan pasangan hidup antara jejaka A dan jejaka B.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan suami sweet sangat... pengantin perempuan 'cair' dedah kisah kereta pinjam aircond rosak, date kat kedai mamak - "Dia tulis tentang jodoh di tudung PLKN saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk perut ibu mengandung! Anak pasang aircond di bilik mengaji mak, air panas dah tak perlu masak... jodoh tolak tepi dulu!

Mengenai jejaka A, wanita itu mengenalinya lima tahun lalu semasa belajar di universiti, dan orangnya baik, lembut dan tidak pernah meninggikan suara.

"Perangai 'abah-abah' sikit dalam beri nasihat, pandai ambil hati mak abah saya. Bila nak keluar dating, dia akan ambil saya kat rumah dan minta izin mak abah saya dulu.

"Dia pandai urus kewangan, sentiasa bantu saya dalam hal kewangan dari zaman universiti sehingga sekarang, adik saya nak beli motosikal pun dia bantu," luahnya menerusi halaman Facebook Luahan Orang Bujang.



Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Tuhan. Gambar hiasan/Foto Bernama

Wanita yang kini bekerja di sebuah pasar raya bagaimanapun mendedahkan kekurangan jejaka A yang merupakan seorang penjawat awam kerana bersikap lurus dan tidak romantis.

"Orangnya tak pandai nak sweet-sweet, tak pandai nak sentiasa pikat hati saya. Tak pernah buat surprise, masih blur dengan kesukaan saya walaupun lima tahun kenal.

"Bila keluar, susah buat pilihan untuk tempat makan, tempat dating. Dia kurang gemar keluar. Dia lebih suka memasak, berkebun atau buat aktiviti di rumah, sedangkan saya gemar berjalan dan shopping," katanya sambil menambah jejaka A seorang yang terlalu lurus.

Sementara itu, katanya, jejaka B yang baru dikenali dua tahun juga bekerja di pasar raya, mempunyai wajah yang kacak.

"Jejaka B lebih handsome, lebih romantik, pandai pikat hati saya. Selalu buat saya gembira bila keluar. Dia dah tahu tempat-tempat yang saya inginkan, suka berjalan.

"Dia selalu buat surprise, menepati ciri lelaki pilihan hati saya, ” tambahnya.



Ciri-ciri jejaka A.

Di sebalik kelebihan itu, jejaka B juga mempunyai kekurangan yang digambarkan oleh wanita berkenaan.

"Mudah melenting dan tinggi suara bila ada masalah. Tapi dia akan pujuk saya semula, saya pun mudah cair dengan kata-kata dia.

"Masih tak berani nak jumpa famili saya. Bila saya nak keluar dengan dia, saya akan gunakan nama jejaka A sebab abah bagi saya keluar dengan jejaka A sahaja.

"Bila keluar dengan jejaka B, saya terpaksa keluarkan duit poket untuk makan dan shopping sebab jejaka B kerja pasar raya. Jika keluar dengan jejaka A, semua ditanggungnya," katanya.

A itu umpama keperluan, B itu umpama kehendak. Pilhan tetap di tangan sis.

NETIZEN

Dalam fikiran wanita itu, dia memilih jejaka A kerana lemah-lembut dan penyabar orangnya selain rapat dengan ibu bapa serta keluarganya.

"Tapi mampu ke hati saya hadap sifat lurusnya dalam bab cinta ni. Dalam hati saya sekarang, saya nak pilih jejaka B sebab dia amat menepati ciri-ciri jejaka idaman saya.

"Tapi masalahnya dia selalu tinggikan suara bila marah, masih tak nak jumpa mak abah saya dan kewangan kurang stabil," katanya.



Ciri-ciri jejaka B.

Luahannya menerima pelbagai reaksi netizen yang turut memberi pandangan masing-masing.

"A itu umpama keperluan, B itu umpama kehendak. Mungkin A tidak romantik selagi sis belum milik dia sepenuhnya. B pula ya romantik, tapi romantik sebelum nikah ni takut terdorong kepada nafsu. Hati-hati mulut manis lelaki sis. Pilihan tetap di tangan sis," komen seorang netizen.

"Awak dengan si A dah lima tahun, tapi disebabkan sikap lurus dia, awak memilih untuk berkawan dengan si B. Kalau awak rasa si B lebih baik daripada si A kenapa tak tinggalkan si A? Biar dia memilih yang lagi baik daripada awak, yang boleh menerima kekurangan dia," ujar netizen lain memberi pandangan.

"Atau awak tak nak tinggalkan dia sebab kerja dia bagus, kewangan dia bagus. Kesimpulannya di sini, awak pilih jelah si B yang awak rasa bagus sangat tu dan tinggalkan si A. Si A layak untuk dapat seseorang yang lagi bagus daripada awak dan tahu hargai kekurangan dia," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain