suria

Anugerah Dekan bakal guru dihina selepas susah-susah belajar, dianggap tak cukup ‘power’ untuk riyak! - “Masih ada mentaliti ni tahun 2020”

Razman terkejut masih ada individu yang berfikiran kolot pada tahun 2020.

BAGI mana-mana individu yang bergelar pelajar, impian utama mereka tentunya mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Begitu juga dengan penuntut bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) ini yang teruja berkongsi keputusan peperiksaan semester keduanya di laman Twitter.

Selain pujian dan ucapan tahniah atas keputusan Anugerah Dekan itu, Muhd Razmansyah Rahman, 20, tidak terkecuali menerima komen yang memperkecilkan pencapaiannya oleh seorang lelaki tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gagallah aku sebagai cikgu MRSM” - Cemerlang tapi gagal jadi manusia, guru kesal bekas pelajar sekolah pandai perlekeh result 5A pekerja Shell

ARTIKEL BERKAITAN: “Bermula cabaran RT, budak SPM 5A naik pentas pakai baju Shell terkejut dapat habuan... Apa yang big boss offer memang sempoi!”

"Kalau ambil TESL, tak payah belajar pun boleh dapat 4.0 (pointer).

"Ambillah bidang mencabar sikit seperti doktor, arkitek, akaun... baru sedap sikit nak riyak bila dapat dekan," tulis individu itu.

Bercakap kepada mStar, Razman yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu mengakui terkejut apabila menerima komen berkenaan pada Isnin.

Keputusan peperiksaan semester dua yang dikongsi Razman.

"Baru keluar keputusan, saya teruja... sebab tu saya kongsi di Twitter. Tak sangka blow up. Ada seorang mamat ni memperkecilkan keputusan saya.

"Saya tak kecewa, cuma terkejut kerana masih ada mentaliti ini pada tahun 2020. Macam tak ada common sense.

"Semua bidang ada kepayahan tersendiri. Dia ibarat mempertikai kerja keras orang lain. Dia tak tahu macam mana orang berusaha," ujarnya.

Mostly kerja dan tugasan saya dibuat last minute. Sebab tu saya tak sangka.

MOHD RAZMANSYAH RAHMAN

Kata Razman yang menuntut di Universiti Malaya (UM), dia mahu menitipkan pesanan kepada mana-mana individu yang memiliki pemikiran sedemikian agar tidak sesekali merendahkan pencapaian orang lain.

Malah katanya, sikap itu juga seperti merosakkan kegembiraan individu lain yang mahu meraikan kejayaan mereka.

Razman mengakui terkejut dengan keputusan yang diperoleh pada Isnin.

"Pesanan saya kepada lelaki itu dan orang lain juga, jangan pandang rendah bidang pengajian orang lain.

"Ada saya terima komen, orang tu cakap dia belajar bersungguh-sungguh dan jaga solat, tapi keputusan dia dapat biasa-biasa sahaja.

"Jadi kita tak tahu bagaimana orang berusaha dan mahu berjaya. Tiba-tiba ada yang memperkecilkan hal itu.

Komen seorang lelaki di Twitter yang memperkecilkan pencapaian Razman.

"Biarlah orang lain enjoy kegembiraan mereka," ujarnya lagi.

Kata Razman lagi, dia juga teruja untuk berkongsi keputusan itu kerana sama sekali tidak menyangka akan mendapat anugerah dekan.

"Hampir semua kerja dan tugasan saya dibuat last minute. Sebab tu saya tak sangka.

Razman merupakan penuntut bidang TESL di UM.

"Tapi tak bermakna saya buat main-main. Saya masih fokus dalam kelas dan buat tugasan bersungguh-sungguh, cuma banyak buat last minute," ujar bakal guru itu.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 2,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain