suria

Fitnah! Pakar bidas dakwaan vaksin imunisasi bayi diternak guna sel babi - “Cuba letak ikan air tawar dalam laut, boleh hidup tak?”

Golongan anti vaksin cuba mempengaruhi orang ramai dengan mendakwa vaksin haram sebab mengandungi sel babi, anjing, monyet atau janin.

SUDAH menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendapatkan imunisasi lengkap bagi melindungi mereka daripada penyakit berjangkit yang berbahaya.

Majoriti bayi dilahirkan di negara ini ditawarkan program imunisasi dengan pemberian vaksin mengikut jadual umur secara percuma di klinik kerajaan.

Namun sejak kebelakangan ini banyak maklumat tidak sahih berkaitan vaksin tersebar di media sosial sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teka-teki gajah mati, Dr Sakinah 'sekolahkan' grup acah-acah pandai keluar fatwa, lawan kata mufti - “Kenapa bila vaksin, sibuk hentam seakan-akan haram?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah, cukup!” - Dr Amalina minta ambil tindakan terhadap FB kumpulan anti-vaksin, ada dakwa pernah kena 'block' selepas tegur

Ini berikutan wujud golongan yang terang-terangan mempengaruhi masyarakat supaya menolak vaksin dengan fahaman salah melalui penyebaran maklumat tidak sahih.

Golongan tersebut mendakwa vaksin haram sebab mengandungi sel babi, anjing, monyet atau janin.



KKM menawarkan program imunisasi mengikut jadual umur secara percuma di klinik kerajaan.

Namun dakwaan tersebut disangkal sekeras-kerasnya oleh pakar perubatan di negara ini.

Menerusi posting terbaharu Dr Amirul Amzar, beliau menegaskan tidak semua vaksin dihasilkan menggunakan sel haiwan atau janin.

"Jangan ikut kesesatan mereka. Bukan semua vaksin guna sel haiwan atau janin.

Jadi vaksin dalam jadual Imunisasi Kebangsaan tidak diternak guna sel babi. Ini fitnah.

DR AMIRUL AMZAR

Pakar perubatan

"Sel-sel ini digunakan untuk sesetengah vaksin bagi penghasilan vaksin sahaja.

"Ia dijadikan medium untuk ternak virus, dan ia akan dipisahkan dari sel tersebut lalu dilemahkan untuk dijadikan vaksin," katanya.

Malah kata beliau lagi, sel-sel itu tidak dimasukkan ke dalam vaksin.

"Contoh yang saya suka guna adalah anda tanam sayur, tanah tanaman anda itu tidak dimasukkan dalam masakan.



Dr Amirul Amzar.

"Jadi vaksin dalam jadual Imunisasi Kebangsaan tidak diternak guna sel babi. Ini fitnah," tegasnya.

Jelas beliau, hanya vaksin polio dan MMR sahaja yang menggunakan sel haiwan atau janin sebagai medium.

"Vaksin lain tidak. Kenapa tak guna medium lain? Sebab virus tu tak boleh hidup pada medium lain.

"Cuba letak ikan air tawar ke dalam laut, boleh hidup tak? Tak pun letak antivaksin dekat Marikh, hidup tak?," soalnya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak terpedaya dengan dakyah songsang itu kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengeluarkan fatwa mengenai keperluannya.

"Bekas Mufti Wilayah yang juga Menteri Agama kita dah ulas keharusan menggunakan vaksin sebegini.



Jakim sudah mengeluarkan fatwa bahawa vaksin yang digunakan di negara ini adalah halal dan selamat.

"Anda yang tolak vaksin sebab kata ada bahan haram, lebih fasih agama dari mufti ke? Lebih fasih pasal vaksin dari doktor?

"Mufti kata wajib, doktor kata wajib, anda nak juga dengar antivaksin yang jual produk," katanya.

Tambah Dr Amirul lagi, vaksin adalah penemuan kesihatan kedua terbaik selepas air bersih.

"Ia telah menyelamatkan banyak nyawa. Jangan buat keputusan yang salah, nanti semua orang akan susah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain