suria

“Mesti fikir kucing dulu” - Demi 27 bulus, anak dedah ibunya rela tak bercuti sekeluarga, sanggup ulang alik beli katil comel

Perkongsian Aida mengenai gelagat lucu ibunya mencuit hati netizen.

KUCING seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan dek kerana wajahnya yang comel serta gelagatnya yang manja.

Bagi pencinta kucing, kehadiran si bulus bukan hanya dianggap haiwan peliharaan semata-mata, malah ada yang menganggapnya seperti ahli keluarga sendiri.

Golongan ini tidak kisah berhabis wang ringgit yang dikhususkan untuk penjagaan haiwan kesayangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nota ditinggalkan rider jawab punca kematian kucing kesayangan, apa yang ditulis buat air mata pemilik gugur kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus merajuk gara-gara tuan terpicit ‘berlian’ masa mandi, terus tak nak keluar bilik air – “Mia datang dekat pun tak layan”

Baru-baru ini, perkongsian seorang pelayar di Twitter mengenai tempat kucingnya 'beradu' menjadi tular di media sosial kerana mencuit hati netizen.

"Mak aku ajak pi Ikea semata-mata for this," tulis pelayar berkenaan sambil memuatnaik gambar dua katil comel yang dibeli khusus untuk si bulus peliharaan mereka.

Perkongsian itu meraih sehingga 23,400 retweet dan 43,500 like.



Kesemua kucing peliharaan keluarga Aida merupakan kucing jalanan yang ditemui di pelbagai lokasi.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Aida berkata, ibunya sememangnya amat rapat dengan kucing peliharaan mereka apatah lagi haiwan berkenaan menjadi peneman apabila dia dan adik beradik lain keluar bekerja.

"Semua dalam rumah kami suka kucing. Tapi mak yang sangat rapat dengan kucing sebab teman dia hari-hari ketika kami semua keluar bekerja.

"Mak dan ayah dua-dua dah bersara jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Sebab tu mereka rapat dan sayang sangat dengan kucing-kucing ni," ujar wanita berusia 30 tahun ini.



Keluarga Aida membina sebuah rumah khas untuk menempatkan kucing-kucing peliharaan mereka.

Setakat ini ujar Aida, keluarganya memelihara 27 ekor kucing yang kesemuanya merupakan kucing jalanan (stray cat) yang ditemui di pelbagai lokasi.

Bercerita mengenai katil comel tersebut, Aida berkata ibunya memang berhasrat untuk membelinya kerana ada beberapa ekor kucing peliharaan mereka yang gemar tidur bersama-sama di dalam bilik.

Kalau raya pula tak ada masalah sebab kami semua di Kuala Lumpur sahaja. Senang cerita, sebelum rancang ke mana-mana, mesti fikir kucing dulu.

AIDA

PEMILIK KUCING

"Mula-mula dah pergi Ikea pada hujung minggu lalu, tapi sebab ada beli barang-barang lain, terlupa nak beli katil comel tu. Keesokan harinya, ibu sanggup ajak pergi lagi sekali semata-mata nak beli katil tu," ujarnya yang menetap di Sri Damansara.

Memiliki kucing dalam jumlah yang agak banyak sememangnya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit yang dikhususkan untuk makanan, perubatan dan penjagaan yang lain.



Si bulus menjadi peneman kepada ibu dan bapa Aida ketika dia dan adik beradik lain keluar bekerja.

Namun menurut Aida, perkara tersebut tidak menjadi masalah sungguhpun kira-kira suku daripada wang gajinya perlu dibelanjakan untuk tujuan berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, Aida menambah sejak keluarganya memelihara kucing kira-kira 10 tahun lalu, mereka tidak pernah bercuti serentak kerana perlu menjaga si bulus di rumah.



Antara komen netizen terhadap perkongsian Aida mengenai katil comel yang dibeli untuk kucing peliharaannya.

"Setakat ini kami tak pernah lagi bercuti serentak. Mesti kena ada seorang atau dua orang di rumah untuk tengokkan kucing.

"Kalau berlaku emergency seperti kematian dan sebagainya, ia bergantung. Kalau pergi semua, mesti kami akan panggilkan orang untuk jaga sebentar.

"Kalau raya pula tak ada masalah sebab kami semua di Kuala Lumpur sahaja. Senang cerita, sebelum rancang ke mana-mana, mesti fikir kucing dulu," ujarnya sambil ketawa kecil.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
katil, Ikea, kucing, si bulus

Artikel Lain