Model sambilan bangga, dulu suami ‘tak ada jiwa’ kini berani buat luahan ‘bersemut’ di media sosial... tak kisah wajah buruk ketika sakit

(kiri) Keadaan mata Wardina semasa mengalami konjunktivitis. (kanan) Majlis pernikahan Wardina pada 6 Jun 2020. Foto Wardina Anuar/ Instagram sweetpicture_kl

SEORANG isteri tidak menyangka luahan suaminya yang begitu romantis mengenai dirinya, menerusi satu perkongsian di laman sosial menjadi tular.

Masakan tidak, suaminya membuat pengakuan 'berani mati' bahawa suaminya itu tidak memahami maksud cinta yang sebenar sehingga mereka dipertemukan.

"Sukar untuk dijelaskan tapi saya seorang lelaki tak ada jiwa. Orang cakap budak tak ada perasaan... hinggalah saya jumpa dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan suami sweet sangat... pengantin perempuan 'cair' dedah kisah kereta pinjam aircond rosak, date kat kedai mamak – "Dia tulis tentang jodoh di tudung PLKN saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki menangis baca mesej dihantar sahabat 'mulut laser' malam pertama selepas nikah - "Paling terkesan point kedua..."

"Sayang, saya tahu saya bukan sweet atau romantik seperti yang lain, tetapi saya akan lakukan apa saja untuk memastikan you tidur dengan hati yang tenang setiap malam dan bangun dengan senyuman ceria setiap pagi," antara luahan suaminya di akaun @asyrafaley.



Perkongsian suami Wardina di laman Instagram menjadi tular. Foto instagram asyrafaley

Wanita berkenaan, Wardina Anuar, 19, mendedahkan bahawa suaminya memberitahu coretan panjang lebar itu dibuat ketika dia sedang tidur.

Wardina yang bergelar isteri kepada jejaka pilihannya pada 6 Jun lalu bagaimanapun berbesar hati dengan cara suaminya meluahkan perasaannya.

"Wanita mana yang tak suka apabila diri diagung-agungkan oleh suami sendiri kepada umum, lebih-lebih lagi dengan era kini yang rata-ratanya menggunakan media sosial.

"Setiap orang ada cara yang berbeza-beza. Dan luahan suami di Instagram adalah salah satu bentuk love language (bahasa cinta) antara kami," katanya kepada mStar.



Wardina (kanan) mengenali suaminya selama satu setengah tahun sebelum mendirikan rumah tangga. Foto instagram wardinaanuar

Mengimbas kembali perkenalan mereka selama satu setengah tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga, Wardina berkata, suaminya itu merupakan seorang yang tegas tetapi lembut hati.

"Saat yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu saya menghidap konjunktivitis akibat jangkitan pada kedua-dua mata, pada pertengahan tahun lalu.

"Masa tu kami baru dalam fasa couple, tunang pun belum. Saya betul-betul down sebab selain sakit mata dan sukar untuk melihat, rupa saya sedikit berubah.

Setiap orang ada cara yang berbeza-beza. Dan luahan suami di Instagram adalah salah satu bentuk love language (bahasa cinta) antara kami.

WARDINA ANUAR

"Keadaan mata saya merah-merah, ada kesan lebam. Rasanya bukan saya je, mana-mana perempuan pun akan malu sebab nampak buruk.

"Tapi dia tak kisah pun rupa saya macam mana. Malah, hampir kesemua sembilan check up dan rawatan saya dia yang bawa dan temankan," ujar model sambilan berasal dari Kuala Lumpur itu.



Wardina merupakan model sambilan. Foto instagram wardinaanuar

Menurut pelajar separuh masa di Universiti Taylor kampus Lakeside di Subang Jaya, Selangor itu, lelaki itu turut memberi sokongan moral secara langsung dan tidak langsung.

"Dengan mata yang sakit tu, saya jadi lemas dan rimas. Sepanjang masa saya pakai sunglasses je. Tapi dia layan saya baik macam tak ada apa-apa berlaku. Dia tak layan saya macam orang sakit.

"Sepanjang tempoh sebulan termasuk melakukan pembedahan kecil, dia sentiasa ada bersama saya, terima saya seadaanya. Orangnya tegas tapi ada hati dan perasaan," tambahnya.



Menurut Wardina, suaminya seorang yang tegas tetapi lembut hati. Foto instagram wardinaanuar

Wardina yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu juga menyedari ada pihak yang mempertikaikan kononnya dia hanya berkongsi yang 'indah-indah sahaja’ di media sosial.

"Ia macam satu profil, kita pilih apa yang kita hendak post di laman sosial. Lain orang lain caranya, dan ini salah satu cara love language kami.

"Buat mereka yang lain, kenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Cuba ketahui apa yang dia suka dan tidak. Sebab perempuan suka diberikan perhatian," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain