Nak bisnes kena ada tabung A,B,C! Ramai terinspirasi dengan tip ‘jaga modal cara suri rumah’... dah tentu tabung C paling diminati

Seorang pelayar Facebook berkongsi tip mudah 'cara menjaga modal' bagi mereka yang menjalankan perniagaan. Foto: FB Mahura Ismail.

SETIAP individu, tambahan pula yang sudah berkeluarga perlu mempunyai amalan pengurusan kewangan yang betul.

Lemah pengurusan kewangan, tidak mustahil ahli keluarga terpaksa mengikat perut sebelum tiba hujung bulan.

Malah kesan yang lebih buruk, keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan rumah tangga, silap-silap haribulan boleh 'melayang pinggan mangkuk' dibuatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tak tahu benda ni...” - Pengasas syarikat dedah talian hayat bagi mereka yang hilang kerja, siap boleh claim hingga enam bulan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan

Begitu juga halnya dengan pengurusan kewangan sesuatu perniagaan, yang sudah pastinya melibatkan jumlah wang yang besar.

Tidak kiralah sekiranya perniagaan yang diusahakan hanya kecil-kecilan, namun amat penting untuk mempunyai pengurusan kewangan yang betul.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang pelayar bernama Mahura Ismail berkongsi tip pengurusan kewangan bagi mereka yang menjalankan perniagaan, yang dinamakan 'tip jaga modal cara suri rumah'.



Seorang pelayar Facebook berkongsi tip untuk mereka yang menjalankan perniagaan.

Menurut pelayar ini, asas yang paling penting adalah setiap isi rumah berkenaan wajib menyediakan tiga jenis tabung yang berbeza.

Pelayar ini menerangkan, setiap tabung mempunyai peranan yang berbeza.

"Wajib ada tabung A, B dan C iaitu tiga tabung. Bila dapat hasil jualan, modal masukan balik tabung A. Lebihannya dibahagi kepada dua dan dimasukkan ke dalam tabung B dan C.

"Tabung A adalah tabung modal, tabung B adalah untung jualan dan tabung C adalah gaji bersama," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Sama ada keluarga mahupun perniagaan, kedua-duanya memerlukan pengurusan kewangan yang bijak. Gambar hiasan

Terangnya lagi, setiap isi rumah dilarang untuk 'menyentuh' wang yang berada di dalam tabung A dan B melainkan ia untuk 'restock' barang sahaja.

"Jika terguna wajib ganti," tulisnya.

Sementara itu, tabung C pula dikhususkan untuk kegunaan bebas sama ada untuk perbelanjaan sampingan atau sebagainya.

"Tabung C adalah gaji atau dikenali duit enjoy. Boleh decide nak amik seminggu sekali atau sebulan sekali.

"Tak percaya buat la. Disiplin okay. Anda Akan dapat hasilnya," tulisnya lagi.



Antara komen netizen yang turut terinspirasi dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 516 shares dan dihujani ratusan komen netizen yang rata-ratanya terinspirasi dengan tip yang dikongsikan pelayar berkenaan.

"Baru betul buat macam ni. Tak adalah nak pulun buat jualan," tulis seorang netizen.

"Pernah buat masa buat business kecik-kecik dulu sebelum dapat kerja hakiki. Malah boleh tampung komitmen macam orang makan gaji tiap bulan. Boleh bayar duit kereta, boleh bayar bil astro, air, api, enjoy makan sedap-sedap," tulis seorang lagi netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain