“Apa yang dia nak gembira?” - Doktor geram... boleh pula puak antivaksin kongsi kegembiraan selepas letak pesakit di ambang maut

Dr Sakinah meluahkan rasa geram dengan segelintir individu tidak bertauliah yang mempengaruhi orang ramai berkenaan ubat-ubatan dan penyakit.

NASIHAT berkaitan ubat-ubatan dan penyakit sewajarnya dirujuk kepada mereka yang lebih arif.

Tersilap merujuk kepada orang yang bukan 'ahli', buruk padahnya.

Silap-silap boleh membawa maut!

Tambahan pula wujud golongan yang berlagak bijak pandai yang konon-kononnya arif tentang perubatan walhal perkara sebaliknya yang berlaku, sebagaimana perkongsian seorang doktor di Facebook, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebar prosedur 'nampak ngeri' di media sosial... doktor kesal, tak sudah-sudah berdepan perangai rakyat Malaysia - “Tengok komen, memang boleh panas hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Sakinah Sulong meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir golongan antivaksin yang menyebarkan maklumat terpesong untuk mempengaruhi masyarakat.

Lebih memburukkan keadaan apabila wujud pula segelintir masyarakat yang lebih cenderung untuk mendengar nasihat daripada golongan yang tidak bertauliah ini.



Sebahagian posting Dr Sakinah di Facebook.

"Pagi tadi saya terbaca posting seorang antivaksin tegar ni. Dia dengan gembira share tentang cerita seorang ibu yang ada masalah kencing manis, selepas menggunakan rejim vitamin C, turun paras gula daripada 24 hingga 1.

"Dia pun tumpang gembira! Ya, gembira. Apa yang dia nak gembira? Sebab pesakit mengalami severe hypoglycemia (paras glukos yang rendah dalam darah)? Itu boleh bawa maut!

"Inilah bahayanya bila antivaksin aka pentaksub vitamin C berbicara bebas di media sosial," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Tangkap layar sebahagian komen 'doktor tidak bertauliah' dan juga perkongsian pengalaman netizen.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Sakinah berkata komplikasi severe hypoglycemia akan menyebabkan sel otak tidak dapat bertahan, sehingga mengakibatkan pesakit akan mengalami koma bahkan boleh meninggal dunia.

"Contohnya bila gula dah turun 1, pesakit akan mengalami severe hypoglycemia. Sel otak takkan dapat bertahan. Pesakit boleh koma dan mati!

"Terpaksa dikejarkan ke hospital dan mendapat rawatan kecemasan untuk menyelamatkan nyawanya. Tak pelik kalau sistem kesihatan Malaysia makin terbeban dan sesak dengan pesakit," ujarnya.



Severe hypoglycemia akan menyebabkan seseorang pesakit koma, bahkan boleh membawa maut.

Doktor ini turut meluahkan rasa kesal apabila orang ramai menganggap isu penyebaran maklumat salah yang semakin meluas di media sosial hanyalah isu kecil.

"Tapi kami petugas kesihatan tak rasa begitu. Maklumat sebegini boleh mengakibatkan kemudaratan dan kematian.

"Betapa ramai doktor yang pernah jumpa kes di mana individu-individu yang meninggalkan rawatan yang diberi semata-mata terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang tak bertauliah.

"Cuba tanya petugas kesihatan di wad mahupun ICU, berapa ramai yang menanggung komplikasi akibat mendengar nasihat penjual produk?" tulisnya lagi.



Sebahagian komen netizen yang menyokong pendapat Dr Sakinah.

Tidak mahu lebih ramai masyarakat terpedaya dengan dakyah golongan antivaksin mahupun penjual produk yang tiada tauliah, doktor ini menasihati orang ramai agar menjadi 'lebih bijak' dalam menghadam sesuatu maklumat khususnya dalam isu perubatan dan kesihatan.

"...bila pesakit mendapat komplikasi, adakah penjual ini akan bertanggungjawab? Kirim salam! Kalau mereka disalahkan mereka akan berkata, 'Benda ni dah takdir, apa nak buat'

"Hatta ada kehilangan nyawa, mereka tak rasa bersalah. Alasan mereka, pesakit membuat keputusan sendiri. Tapi, siapa yang mempengaruhi mereka? Siapa yang tunjukkan jalan sesat ni kepada mereka?

"Saya minta rakyat Malaysia yang lain, tolonglah jadi cerdik. Anda seharusnya lebih bijak daripada antivaksin ini. Bukan susah pun," akhirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain