Nasib pelajar pulang dari UK, niat baik mengaku positif Covid-19 sudahnya dipersalahkan... dilabel ‘pembawa’ - “Kami tak minta dijangkiti”

Syarah berkongsi pengalamannya selepas disahkan positif Covid-19 di laman sosial. Foto: Putri Nur Syarah

TIADA siapa pun mahu dijangkiti wabak Covid-19 yang ketika ini mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

Apatah lagi jumlah kes wabak tersebut mencatatkan peningkatan saban hari.

Begitu juga dengan gadis ini yang disahkan positif Covid-19 selepas dipercayai mendapat jangkitan daripada penumpang pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlima kebumi jenazah korban Covid-19 jam 2.30 pagi, waris tuntut penjelasan - “Kami tiada kepakaran... kalau bukan kerana Covid-19, tiada masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sudah di wad, anak nak luruh jantung lihat ibu positif Covid-19 bawa ‘peneman’... tenang masuk ambulans

Berkongsi cerita dengan mStar, Putri Nur Syarah Tajul Azlan berkata dia sendiri tidak menyangka dijangkiti wabak berkenaan tambahan pula sudah sedaya upaya melakukan langkah pencegahan awal.

“Memang tak sangka tapi sejujurnya saya seperti dapat merasakan mungkin dijangkiti kerana suhu badan sedikit panas tapi tak demam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 23 Mac lalu.

“Ketika tiba, setiap penumpang akan mengisi borang dan melalui prosedur di imigresen. Ketika itu ada seorang penumpang yang memberitahu pegawai di kaunter bahawa dia mempunyai simptom Covid-19.

Syarah disahkan positif Covid-19 selepas beberapa hari tiba di tanah air pada 23 Mac lalu.

“Saya terus membuat ujian saringan di sebuah klinik pada 26 Mac dan keputusan dapat pada 30 Mac di mana saya disahkan positif Covid-19,” ujar pelajar tahun kedua di University of Manchester, United Kingdom ini.

Menurut gadis berusia 22 tahun yang senang disapa sebagai Syarah itu, sebelum keputusan ujian dimaklumkan, dia sejujurnya bersedia secara mental dan bersikap berlapang dada dengan apa jua yang dimaklumkan oleh doktor.

Saya kongsikan di laman sosial atas rasa tanggungjawab. Tak perlu nak malu kerana ini melibatkan orang lain. Sebab kalau boleh saya mahu mereka yang ada kontak dengan saya untuk lakukan ujian saringan.

PUTRI NUR SYARAH TAJUL AZLAN

PESAKIT

“Sampai di rumah saya terus kuarantin diri dalam bilik, memang betul-betul kuarantin… makanan pun dihantar ke bilik oleh ibu. Saya hanya duduk di dalam bilik sepanjang hari. Dalam masa yang sama, setiap hari saya akan cek suhu dengan kerap.

“Kalau nak diikutkan, saya tak alami simptom demam, tak batuk, suhu pun normal. Cuma ada masanya perlu tarik nafas dalam-dalam, tapi ingatkan ia biasa kerana ada sejarah pneumonia. Tapi saya tetap buat ujian saringan.

“Memang secara mentalnya agak bersedia sebab tu tak terkejut dan tak panik sangat. Apa pun perlu reda kerana bukan kita yang minta dijangkiti,” ujarnya lagi.

Bercerita lebih lanjut, Syarah berkata dia membuat keputusan untuk pulang ke tanah air kerana mengikut nasihat keluarga dan juga pihak kedutaan sebelum situasi yang lebih buruk berlaku.

Perkongsian Syarah di laman Instagram.

“Keluarga sangat bimbang dan minta pulang. Dalam masa yang sama, kedutaan juga menasihatkan untuk pulang bagi yang dibenarkan untuk pulang memandangkan kes di United Kingdom semakin meningkat.

“Universiti juga terpaksa ditutup. Ketika itu ada dengar ura-ura mereka akan buat total lockdown. Takut juga kena hadapi seorang diri dekat sana sebab tak tahu hingga berapa lama.

“Masa itu pun banyak penerbangan dibatalkan. Saya bersyukur penerbangan ke Malaysia masih ada, dan boleh pulang ke pangkuan keluarga walaupun sekarang hanya duduk dalam bilik sahaja,” kata Syarah.

Syarah dipercayai mendapat jangkitan selepas salah seorang penumpang pesawat yang dinaikinya mempunyai simptom Covid-19.

Syarah kini sedang dirawat di sebuah hospital selepas dijemput oleh ambulans pada Rabu.

“Saya kongsikan di laman sosial atas rasa tanggungjawab. Tak perlu nak malu kerana ini melibatkan orang lain. Sebab kalau boleh saya mahu mereka yang ada kontak dengan saya untuk lakukan ujian saringan.

“Dalam masa yang sama, saya nak kongsikan mungkin pengalaman saya ini boleh membantu mereka yang lain.

Syarah menjalani kuarantin yang ketat di kediaman keluarganya sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans.

“Namun saya ada juga terima komen negatif seolah-olah menyalahkan pelajar yang pulang dari luar negara sebagai pembawa (carrier) Covid-19. Ini bukan masanya nak tuding jari kepada mana-mana pihak. Kami pun tak minta dijangkiti.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, mereka yang pulang dari luar negara perlu betul-betul kuarantin. Macam saya misalnya, memang buat secara serius sebab bimbang jangkiti orang lain khususnya ibu bapa sebab mereka dah berusia.

“Dalam pada itu, yang lain juga perlu main peranan dengan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau tak patuh, ini lagi membantu penyebaran virus. Sama-sama kita bertanggungjawab dan membantu frontliners kita,” ujarnya.    

luar negara, Manchester, UK, Covid-19, pelajar

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain