Dek kerana PKP, 7 sekeluarga 'raya' awal... siap berbaju Melayu lagi - “Hikmah ini cukup indah... kami makin rapat”

Aiman menikmati sarapan pagi dengan hidangan raya sambil berbaju Melayu.

PENINGKATAN kes wabak koronavirus (Covid-19) hari demi hari di negara kita sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam terutama apabila memikirkan hal menyambut kedatangan Ramadan dan meraikan Aidilfitri tahun ini.

Ramai berpendapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dilanjutkan untuk satu tempoh yang lebih lama sekiranya masih ramai ingkar arahan tersebut.

Tidak terkecuali, Aiman Ariff Khairuddin yang sedih mengenangkan suasana bulan puasa dan hari raya yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya sampai terlupa hari apa” - Lama sangat di rumah, lelaki ini ‘bertukar’ jadi Kamen Rider

ARTIKEL BERKAITAN: “Betul ke suami kau macam ni?” - Nak elak pintu peti ais roboh, bapa berkorban apa saja... main ‘kahwin-kahwin’ isteri pandang semacam

Namun kesedihan itu terubat apabila ibunya, Roselinah Ismail, 60, melakukan kejutan dengan menyediakan juadah raya untuk sarapan pagi mereka sekeluarga pada Isnin.

"Bila bangun pagi tu macam bau 'raya' je. Saya pun turun tengok kat dapur, semuanya mak dan kakak ipar dah siapkan. 

"Semua terkejut, tiba-tiba eh macam raya ke? Mak cakap mungkin tahun ni kita tak raya, jadi kita raya dulu.

Aiman bersama ibunya.

"Lagipun mak memang suka masak. Kalau nak makan apa je dia akan masakkan," katanya kepada mStar.

Antara menu yang dimasak ibu Aiman dan kakak iparnya untuk sarapan mereka sekeluarga pada pagi Isnin lalu adalah nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan kuah lodeh. 

Pemuda berusia 27 tahun itu turut berkongsi video TikTok menu raya ketika tempoh PKP mereka sekeluarga dirumah di Twitternya.

Bagi kami tempoh PKP ni beri hikmah yang cukup indah kepada keluarga kami. Hubungan kami jadi makin rapat.

AIMAN ARIFF KHAIRUDDIN.

Video tersebut turut mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang terhibur dengan gelagat Aiman.

Dalam video tersebut, Aiman turut dilihat menjamah hidangan wajib semasa raya itu sambil berbaju Melayu.

"Bila dah turun bawah tu saya cakaplah dengan mak macam best je kalau pakai baju raya time ni.

Video TikTok Aiman yang dikongsinya di Twitter turut membuatkan netizen terhibur.

"Jadi mak pun cakap pergilah pakai. Lepas tu saya pun ambil jelah gambar sekadar untuk suka-suka," katanya.

Meskipun tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini, Aiman mengakui ada hikmah disebalik apa yang berlaku itu.

"Bagi kami tempoh PKP ni beri hikmah yang cukup indah kepada keluarga kami. Hubungan kami jadi makin rapat.

"Semua akan berkumpul di ruang tamu. Kiranya hari-hari macam hari raya jugalah sebab bukan selalu semua ada kat rumah. Mak lagilah suka sebab jarang dapat buat macam ni," katanya.

Dalam pada itu, anak bongsu empat beradik itu turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan PKP fasa kedua yang akan dilaksanakan dengan lebih ketat dan tegas bermula Rabu sekiranya mahu menikmati suasana Ramadan dan Aidilfitri seperti tahun sebelumnya.

Antara hidangan dimasak ibu dan kakak ipar Aiman pada pagi Isnin lalu.

"Ada yang duduk bersama family... ada yang tinggal berasingan. Jadi tentulah sedih kalau keadaan seperti ini berlanjutan.

"Kalau kita nak berhari raya bersama keluarga tercinta seperti biasa saya harap orang ramai patuhilah arahan ditetapkan kerajaan.

"Saya percaya tak ada siapa mahu berpuasa atau berhari raya tanpa keluarga tercinta di kampung halaman masing-masing," katanya.

Setakat ini, kerajaan melanjutkan PKP sehingga 14 April, manakala tiga kawasan telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu dua kampung di Simpang Renggam, tujuh perkampungan di Hulu Langat dan sebuah kondominium di ibu negara.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain