“Betul ke suami kau macam ni?” - Nak elak pintu peti ais roboh, bapa berkorban apa saja... main ‘kahwin-kahwin’ isteri pandang semacam

Demi membawa watak seorang 'emak' seperti yang diinginkan oleh anak-anaknya, Azam sanggup memakai baju kelawar, rambut palsu dan tudung.

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April sudah pasti merupakan tempoh yang panjang buat mereka duduk di rumah.

Namun apakan daya, kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab perlu menurut perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Begitu jugalah yang dilakukan oleh seorang bapa, Mohd Azam Ibrahim, 42, yang sanggup melayan kerenah tiga anaknya perempuannya untuk bermain masak-masak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dapat rasa kek batik termahal di dunia” - iPhone pemuda ‘liat’ masuk dapur tercelup coklat... kakak tetap untung!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak juruterbang terkejut, nanas tak laku bertukar jadi ‘pisang goreng panas’ - “Makan banyak mana pun lidah tak rasa lidas”

"Masa tu saya baru selesai solat, tengok anak-anak saya bosan duduk rumah, jadi saya alihkan kereta dan bentang tikar untuk mereka bermain di hadapan rumah.

"Pada mulanya mereka ajak saya untuk bermain sekali, saya pun layan sahaja mereka sebab bosan.

"Tiba-tiba mereka minta saya jadi emak. Ah sudah... saya pun pinjam baju kelawar isteri saya dan secara kebetulan ada rambut palsu, saya pun sarung," ujar Azam yang memberitahu apa yang dilakukannya itu adalah secara spontan.

Azam mengambil swafoto bersama keluarganya selepas selesai membuat bacaan Yassin bersempena Israk Mikraj baru-baru ini.

Tambah Azam lagi yang bekerja sebagai office boy di Sekolah Kebangsaan Othman Syawal, Melaka, dia sering melayan anak-anaknya memandangkan mereka bosan berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

"Selalu saya bawa mereka bersiar di kawasan Pengkalan Balak ni, takpun bawa mereka mandi laut, tapi disebabkan Covid-19 ni, kami tak keluar ke mana-mana.

"Mereka bertiga ni berusia 4 tahun, 6 tahun dan 10 tahun. Macam-macam mereka ajak saya main. Tadi, anak bongsu ajak saya menari, mana la saya pandai.

"Semalam mereka ajak saya main kahwin-kahwin, isteri dah pandang saya 'semacam' dan tanya saya nak kahwin dengan siapa," ujar Azam yang turut mempunyai anak lelaki berusia 12 tahun.

Tiba-tiba mereka minta saya jadi emak. Ah sudah... saya pun pinjam baju kelawar isteri saya dan secara kebetulan ada rambut palsu, saya pun sarung.

MOHD AZAM IBRAHIM

BAPA

Selain itu, Azam memberitahu dia juga melakukan 'PKP di rumah' tetapi diubah suai sedikit iaitu menghalang anaknya daripada kerap pergi ke dapur.

"Saya terpaksa letak notis dan tape untuk halang mereka masuk ke dapur.

"Rumah saya ni panas, jadi mereka kerap sangat pergi ke dapur untuk bermain peti ais. Sampai longgar dah pintu tu.

"Bila saya dah letak tape tu, mereka main di depan sahaja, kecuali yang bongsu tu dia bijak, dia merangkak lalu bawah tape tu," ujar Azam sambil ketawa.

Dalam pada itu, Azam nyata terkejut apabila perkongsiannya di Facebook menjadi tular.

"Saya tak pandai sangat bab teknologi, saya tahu main Facebook je.

"Terkejut juga bila kawan isteri dari negeri lain siap telefon dia tanya 'betul ke suami kau macam ni?'.

"Di ruangan komen pula, majoriti wanita yang komen. Mereka semua tag suami masing-masing untuk berhenti main permainan video dan buat seperti saya," beritahu Azam.

Azam membuat 'PKP' di rumahnya sendiri disebabkan anak-anaknya kerap bermain peti ais sehingga pintu menjadi longgar.

Posting yang dimuatnaik Azam pada Rabu lalu telah mendapat lebih 19,000 perkongsian dan hampir 10,000 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu tersebut.

"Haha sampai baju kelawar kau bedal bang. Ni baru contoh bapa penyayang..." tulis seorang pengguna Facebook.

"Anak-anak nampak happy, ayah dia nampak terseksa," tambah netizen lain.

"Ada hikmah wabak ni terjadi, perkara seperti ini jarang dapat sewaktu bapa sibuk bekerja," ujar seorang wanita.

masak-masak, PKP, bapa, pengorbanan

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain