Gigih agih sayur percuma, 2 lelaki ini berbakti cara mereka ketika PKP - “Terima kasih membantu, ramai yang takut nak keluar”

Dua lelaki ini mengagihkan sayur dari rumah ke rumah.

SAMBIL berlari-lari anak seorang lelaki berbangsa Cina dilihat membawa bungkusan beg plastik dan kemudiannya diletakkan di pagar kediaman di sebuah taman perumahan di percayai di negeri selatan tanahair.

Lelaki berkemeja-t biru dan berseluar pendek lengkap bersarung tangan dan topeng muka itu bukan keseorangan, tetapi bersama seorang lagi rakannya yang memandu kenderaan pacuan empat roda sarat muatan.

Lebih menyentuh perasaan ramai, apabila ia dilakukan ketika cuaca panas dan orang ramai duduk diam di dalam rumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini akibat penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembelian panik... pastikan anda simpan stok makanan, guna secara berhemah

Menerusi perkongsian video yang tular di Facebook We are Malaysian dinyatakan kedua-dua lelaki itu rupa-rupanya sedang mengagih-agihkan sayur-sayuran dari rumah ke rumah secara percuma di kejiranan itu.

Tidak dinyatakan dengan tepat lokasi insiden itu, bagaimanapun berdasarkan tanda pada kenderaan yang membawa bekalan sayur-sayuran itu mereka adalah pekebun sayur dari Pagoh, Johor.

Tindakan dua lelaki ini mendapat pujian netizen.

Kapsyen video itu turut tertulis, "Mengedarkan sayur-sayuran secara percuma. Usaha yang baik daripada membuangnya. Nasib baik petani menawarkan diri untuk edar sayur-sayur percuma kepada penduduk kampung."

Yang pasti posting itu mendapat ratusan komen dan lebih 500 perkongsian yang rata-rata menghargai tindakan mereka sehingga ada netizen yang menggunakan emoji tanda bagus dan tabik atas sikap prihatin peniaga berkenaan.

"Aduh baik hatinyalah 'uncle' dua orang ni, agih keperluan harian untuk penduduk taman. Syabas untuk 'uncle' berdua," kata Fatimah Tamim.

Kata Jessica Lim, "Orang seperti mereka kita perlukan ketika ramai yang susah.

"Terima kasih kerana membantu, orang ramai takut nak keluar. Gembira (kerana) 'uncle' ni pemurah. Moga terus dirahmati," kata Ismail Hakim.

"Baik hati dua uncle! Ya lebih baik diagih-agihkan daripada terbuang," kata Lee Leng.

Malahan, ada komen yang memaklumkan seharusnya pekebun dan peniaga sayur di Cameron Highlands mengikut cara dua lelaki ini, bukannya membiarkan hasil tanaman mereka rosak akibat kesukaran mengedarkan bekalan.

sayur, PKP, Pagoh, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain