suria

Entiti aneh serba putih tanpa tangan muncul saat PKP, ada ingat prank tapi pemuda dakwa bunian - “Cara nak elak kena cekup polis, tentera ni”

Gambar entiti misteri itu tular di media sosial sejak pagi Ahad. Kredit Foto Twitter Creepyposta

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai ragam dapat kita lihat berlegar di ruang media sosial.

Namun kelibat entiti aneh berambut panjang, berjanggut dan berpakaian serba putih berdiri di atas sebuah van menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Beberapa keping gambar yang memaparkan makhluk ghaib itu berlatarbelakangkan pokok buluh tersebar di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak gelapkan ‘background’ gambar pengantin, jurufoto ternampak pula akak rambut panjang... dah 2 kali enter-frame - “Memang tingkat dua tu laluan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut” - Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian, pelajar tak sangka ada isu lain selepas rakaman

Anehnya makhluk tersebut tidak bertangan!

Difahamkan gambar tersebut dirakam di Pendang, Kedah.

Seorang netizen mendakwa entiti tersebut ada kaitan dengan makhluk halus - bunian.

Gambar entiti tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen.

"Orang cakap berjanggut putih berambut putih ni ayah dalam satu keluarga bunian. Hahaha bak kata orang kampunglah," katanya.

Beberapa individu turut menceritakan pengalaman masing-masing pernah ternampak kelibat sama seperti dalam gambar yang tular itu.

"Aku pernah nampak pakcik sebijik macam ni 10 tahun lalu. Dia senyum kat aku wei. Masa tu on the way nak pergi makan malam kat tepi jeti. Balik tu terus demam panas," kata Aten.

Aku syak ni pegawai atau banduan atau orang gila cuba nak prank memalam tapi agak lucu bila tengok hantu macam ni. Hmm.

MUZ.

"Mmmm last time aku nampak benda ni bergayut atas pokok. Kaler baju dia kaler tanah. Comot-comot dari tanah. Memang nampaklah dari kubur terus terbang-terbang. Ni bersih sangat ni, belum tanam lagi ni," kata AbamBijat.

Namun terdapat netizen yang menganggap gambar tersebut sebagai satu prank sepanjang tempoh PKP.

"Ni cara-cara nak keluarlah, nak elak diri dari kena cekup polis dan tentera. Menyamar jadi hantu time PKP ni. Selamat pakcik. Huhu. Korang try lah," kata Ijah.

Gambar tersebut dipercayai dirakam di Pendang, Kedah.

"Aku syak ni pegawai atau banduan atau orang gila cuba nak prank memalam tapi agak lucu bila tengok hantu macam ni. Hmm," kata Muz.

"Aku ingat dia nak halau orang guna hantu macam orang putih tu. Hahaha rupanya benda tu sungguh," kata Tasha.

Bagaimanapun beberapa netizen berpendapat gambar itu asli dan bukan disunting untuk tujuan prank.

"Tak mungkin nak prank," kata Najrul.

"Boleh jadi... tapi tengok susuk dia macam real. Macam tak musykil bin hairan aku. Ni manusia atau saka jadian barangkali," kata Muz.

Dalam pada itu terdapat netizen yang turut menyamakan kelibat tersebut seperti Professor Albus Dumbledore, karakter dalam filem animasi Harry Potter.

"Albus Dumbledore buat apa kat sini? Musykil betul," kata Amir.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain