suria

Virus Covid-19 boleh tahan 9 hari pada barang kemas? Ini penjelasan Dr Sakinah! - “Kalau suami minta tanggal rantai kena tanya sebabnya...”

Dr Sakinah menafikan dakwaan bahawa virus Covid-19 boleh bertahan sehingga sembilan hari pada permukaan barang kemas.

KECOH di media sosial apabila orang ramai tidak digalakkan memakai barang kemas ketika krisis Covid-19, kononnya virus tersebut boleh melekat pada permukaan besi selama sembilan hari.

Dakwaan itu muncul selepas netizen berkongsi 'nasihat' yang mereka dengar daripada pakar kesihatan baru-baru ini.

Pakar perubatan, Dr Sakinah Sulong tampil menjelaskan bahawa timbul salah faham mengenai nasihatnya dalam satu program di televisyen dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh gantung kad kesihatan di leher boleh hapus kuman, virus Covid-19 - “Tiada sesiapa kebal... jangan buang duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘kritikal’! Dakwa pesakit Covid-19 sembuh selepas 8 hari minum produk mereka - “Saintis tak tidur malam, kau sedap je cari untung”

"Ramai pula tanya pasal ni. Saya tak tahu siapa yang menularkannya. Saya pun dah lupa apa saya cakap masa rakaman hampir dua minggu lepas. Tapi eloklah saya betulkan kalau ada silap faham.

"Kebersihan tangan sangat penting. Pemakaian cincin dan gelang boleh mengganggu bila kita nak cuci tangan selalu. Malah virus pun boleh melekat pada permukaan barang kemas ini," katanya dalam satu posting di Facebook.

Malah jelas Dr Sakinah lagi, dia menafikan dakwaan bahawa virus Covid-19 boleh bertahan sehingga sembilan hari pada permukaan barang kemas.

Dakwaan yang tular di media sosial.

"Setahu saya pada permukaan aluminium ia mampu bertahan sampai lima hari, kalau tidak dinyahkuman. Nak pakai rantai dan subang, silakanlah.

"Jangan ada yang tanggalkan rantai dan subang dengan dakwaan itu nasihat saya. Kalau suami minta isteri tanggalkan rantai, kena tanya apa sebabnya, jangan melulu je sebab takutkan Covid-19.

"Yang lebih penting. Duduk diam-diam di rumah. Basuh tangan selalu. Social distancing. Lepas wabak dah reda nanti, nak pakai cincin penuh jari pun pakailah," katanya.

Dalam pada itu, Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Balchin turut menitik-beratkan kepentingan cara membersihkan tangan dengan betul.

"Macam manalah nak basuh tangan betul-betul bersih kalau pakai banyak cincin dan gelang tangan. Cuba bersihkan di bawah cincin tu... boleh ke buat?

"Ia akan menjadi tempat pembiakan kuman di antara jari dan cincin, sebab tak boleh dibersihkan dengan betul. Kami pengamal kesihatan tak pakai barang kemas. Inilah sebabnya," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain