suria

Tak pernah berlaku dalam sejarah, pemuda dedah kena gelak basuh taman permainan - “Saya pernah nampak mereka mabuk, kencing merata”

Mustaqim tidak menghiraukan usikan mereka yang melihatnya membersihkan peralatan di taman permainan dekat sebuah pangsapuri di Shah Alam.

JARANG kita lihat peralatan di taman permainan dibasuh, tapi itulah yang berlaku di sebuah pangsapuri dekat Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Tindakan tersebut membuatkan ramai penduduk di situ mentertawakan Mustaqim Kumar Abdullah Sooria kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Namun pemuda berusia 42 tahun itu berkata dia tidak mengendahkan ejekan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas, cleaner usir warga emas terkencing... bakal nurse cuba tolong tapi tak mudah! - “Aunty tu sanggup bilas seluar dan memakainya semula”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Uncle' cuci kereta dedah ada pelanggan janji nak bayar upah RM1, cabut selepas kereta dicuci!

Malah dia melakukan perkara itu secara ikhlas sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan koronavirus yang membimbangkan masyarakat dunia ketika ini.

"Waktu tu ramai ketawakan saya. Mungkin mereka pelik sebab tak pernah dalam sejarah orang cuci taman permainan.

"Tapi saya tak kisah pun. Saya abaikan ejekan itu dan teruskan menggosok peralatan di situ dengan campuran detol dan sabun.

Mustaqim membersihkan peralatan di taman permainan itu kerana bimbang dengan kanak-kanak yang mudah terdedah kepada risiko jangkitan penyakit.

"Sambil ketawa tu mereka kata playground tu bersih kenapa nak cuci? Memanglah nampak bersih tapi kuman yang ada tak boleh nampak dengan mata kasar," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mustaqim yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu berkata dia membersihkan peralatan di taman permainan itu kerana pernah melihat perbuatan tidak senonoh dilakukan warga asing di pangsapuri tersebut.

"Kawasan situ memang ramai foreigner. Biasanya kalau mabuk mereka akan kencing di merata-rata tempat seperti pokok dan taman permainan.

Saya tak kisah pun. Saya abaikan ejekan itu dan teruskan menggosok peralatan di situ dengan campuran detol dan sabun.

MUSTAQIM KUMAR ABDULLAH SOORIA

PEMANDU PERIBADI

"Benda ni saya dah banyak kali nampak dan tegur. Bila beritahu guard, guard pun tak berani nak halau sebab mereka sendiri pun takut.

"Jadi saya rasa pihak polis atau sekuriti dan pihak majlis ambil serius perkara ini sebab taman permainan adalah tempat untuk kanak-kanak beriadah," katanya.

Meskipun ramai mentertawakannya, Mustaqim yang juga salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut memberitahu dia turut dibantu tiga kanak-kanak lain untuk membersihkan taman permainan itu.

"Tengah cuci tu tiba-tiba ada tiga orang budak datang. Mereka tanya uncle nak kami tolong tak? Saya cakap boleh lagi baguslah.

Mustaqim turut dibantu tiga kanak-kanak semasa melakukan kerja pembersihan di taman permainan itu.

"Saya memang suka kalau kanak-kanak membantu. Kita kena didik mereka tentang kebersihan sebab sekarang ramai ambil mudah tentang perkara ini. Aspek kebersihan amat penting terutamanya bila dunia digemparkan dengan wabak koronavirus.

"Bila dah dibantu tiga kanak-kanak itu kerja pembersihan jadi cepat. Semunya selesai dalam masa tiga jam. Kalau saya seorang mungkin tak siap lagi sebab saya cuci bahagian dalam (peralatan) sekali," katanya.

Jelas pemuda yang dilahirkan di Perak itu, dia tidak menduga postingnya itu akan tular kerana dia sering berkongsi segala aktivitinya di Facebook.

"Saya sebenarnya dilantik ahli jawatankuasa Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 19. Jadi saya sering berkongsi apa saja aktiviti di sekitar Shah Alam di Facebook saya.

"Saya pun tak sangka posting di taman permainan tu akan jadi viral. Memang saya terkejut sebab dalam banyak-banyak post, posting tu yang menjadi tumpuan ramai.

"Mungkin bagi mereka benda tu rare, tak pernah dibuat orang sebab biasanya kalau gotong-royong orang akan bersihkan parit dan longkang. Itu benda basic," katanya.

Mustaqim menganggap apa yang dilakukannya itu sebahagian daripada tugas kemasyarakatannya.
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain