“Dia dah tak boleh fikir apa dah” - Lelaki ini kongsi kisah tragis berdepan gelandangan kematian ibu selepas 3 minggu merempat tak dapat kerja di KL

Faizal menerima berita tergempar mengenai pemergian ibu tersayang. Gambar sekadar hiasan Foto RONNIE CHIN/ (Gambar kecil: Twitter KecharaSoupK

WAJAHNYA resah dan gelisah, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan seorang anak muda apabila menerima berita sedih mengenai pemergian ibunya.

Bayangkan, tiga minggu seorang anak muda terpaksa hidup merempat selepas merantau dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.

“Wajahnya cukup resah, penuh rasa bersalah,” kata Pengarah Operasi Kechara Soup Kitchen, Justin Cheah kepada mStar mengenai pertemuan singkatnya dengan seorang gelandangan yang baru kematian ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 minggu merantau dari Muar ke KL nak cari kerja, pemuda ini dah hidup merempat... Tiba-tiba dapat berita sedih sebaik on telefon

Justin berkata, pemuda bernama Faizal bertemu dengannya semasa Kechara Soup Kitchen mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan dan miskin bandar di Jalan Barat, dekat Jalan Imbi di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu.

Faizal hidup sebagai gelandangan di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Gambar sekadar hiasan/Foto BAVANI

Kechara Soup Kitchen merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi bantuan kepada golongan gelandangan dan miskin bandar seperti makanan dan rawatan perubatan.

Namun apa yang memilukan apabila pemuda yang berusia lewat 20-an itu hanya menerima berita sedih tersebut selepas beberapa hari ibunya meninggal dunia.

“Faizal beritahu telefon bimbitnya sudah beberapa hari tak on sebab kehabisan bateri. Jadi Khamis malam tu baru dapat on selepas cas.

“Masa tulah dia terima mesej daripada keluarganya mengenai ibunya meninggal dunia. Faizal beritahu sudah beberapa hari mesej tu dihantar,” katanya kepada mStar.

Berita sedih yang diterima Faizal.

Justin berkata, Faizal kelihatan masih dalam keadaan terkejut dan hanya mengharapkan bantuan untuk pulang ke kampung halamannya.

“Dia dah tak boleh fikir apa dah, melainkan hanya fikir nak balik ke kampung. Tapi dia tak tahu nak buat apa sebab tak ada duit.

“Dan saya fikir apa yang perlu dia lakukan adalah balik ke kampung, ziarah kubur ibunya dan meluangkan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Dia dah tak boleh fikir apa dah, melainkan hanya fikir nak balik ke kampung. Tapi dia tak tahu nak buat apa sebab tak duit.

JUSTIN CHEAH

Menurut Justin, waktu berlalu begitu pantas menyebabkan tidak banyak butiran keluarga mengenai Faizal yang diketahuinya, termasuk punca kematian ibunya.

“Saya hantar dia ke Terminal Bersepadu Selatan (di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur), belikan tiket bas dan beri dia sedikit wang belanja,” katanya.

Justin Cheah. Foto LOW LAY PHON

Amat bersimpati dengan nasib dan apa menimpa Faizal, Justin berharap pemuda itu tidak berputus asa untuk mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupannya.

“Kalau dia ada peluang pekerjaan di kampungnya di Muar, baguslah. Tapi kalau dia sanggup datang ke Kuala Lumpur, maksudnya dia mahu mencari peluang di sini.

“Kasihan dia, tiga minggu tidur di jalanan tapi masih belum dapat kerja. Bukan mudah nak cari kerja sekarang lebih-lebih dalam keadaan gelandangan.

“Kepada Faizal, jika kamu masih mahu mencari peluang di Kuala Lumpur, hubungi kami untuk kami membantu mencari pekerjaan,” ujar Justin sambil menambah talian hotline badan itu adalah 010-3333260.

Kisah Faizal menjadi tular apabila telefonnya tidak selalu aktif kerana tidak mempunyai tempat untuk mengecaj telefon bimbitnya kerana hidup gelandangan.

Dia kemudian akhirnya berpeluang untuk mengecaj dan mengaktifkan telefon bimbitnya sebelum menerima banyak mesej termasuk berita kematian ibunya.

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain