suria

Bawa calon UPSR makan KFC, lelaki ini tersentak dengar alasannya tak selera makan ayam, “Saya terus pakai spek hitam...”

Putri kini tidak mendengar sebarang khabar berita mengenai kedua ibu bapanya.

"PUTRI makan sedap-sedap, adik di rumah belum tentu makan dari pagi," demikian kata seorang budak perempuan berusia 12 tahun.

Ayat itu terpacul dari mulutnya sewaktu dia dibawa menjamu hidangan di restoran makanan segera KFC oleh Muhamad Khadir Abd Jalil yang juga pengusaha perkhidmatan 'kereta percuma ke hospital' di Sandakan, Sabah, pada Rabu.

Menurut jejaka berusia 23 tahun yang mesra disapa Wan itu, dia membawa kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai adik Putri untuk menikmati makan tengah hari selepas menjemputnya pulang dari sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari awal naik van jenazah saya tengok dia risau” - Bapa hulur RM5 sempurnakan perjalanan terakhir anak OKU, dua kali menangis

ARTIKEL BERKAITAN:  Pemandu kelu, 2 kali tumpah air mata lihat bapa daif 5 jam peluk jenazah anak, “Dia masuk van, kami dah mula menangis

"Adik Putri ni dah tiga bulan tak pergi sekolah. Neneknya kerja, jadi dia kena jaga adik yang berumur 10, tiga dan dua tahun.

"Kawan saya yang hubungi minta untuk bantu adik Putri. Sepanjang Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) berlangsung dari minggu ini sampai minggu depan, saya akan hantar dan ambil dia.

Wan mengusahakan khidmat Kereta Percuma Ke Hospital di sekitar Sandakan, Sabah.

"Bila saya bawa pergi makan KFC lepas balik sekolah, dia nampak macam tak selera. Bila tanya, dia kata teringat adik-adik. Dia tanya boleh ke kalau nak 'tapau' untuk mereka.

"Saya kata makan sahaja, nanti saya beli yang lain untuk adik dia. Memang sebak, saya terus pakai cermin mata hitam sebab nak cover nangis," ujar Wan sewaktu dihubungi mStar.

Kata Putri, bapanya sudah lama hilang tanpa khabar berita. Mak dia pun sama, lepas pergi Kuala Lumpur terus senyap sampai hari ni.

WAN

Menurut Wan, dia dan rakannya sempat berkunjung ke kediaman adik Putri buat pertama kali pada Selasa malam.

Jelasnya, dia berasa sayu dan kasihan melihat rumahnya yang dalam keadaan usang sewaktu berada di sana bagi menyalurkan bantuan makanan dan pakaian.

"Rumah dia sangat usang, sempit dan lantai hampir roboh. Nenek dia kerja basuh pinggan di restoran.

Adik Putri kini sedang menduduki UPSR.

"Kata Putri, bapanya sudah lama hilang tanpa khabar berita. Mak dia pun sama, lepas pergi Kuala Lumpur terus senyap sampai hari ni," katanya.

Wan turut memuji sikap dan pemikiran Putri yang disifatkannya cukup matang berbanding usianya.

Wan merupakan pengusaha perkhidmatan 'kereta percuma ke hospital' di sekitar Sandakan yang juga rakan kepada Yunizam Yusop atau Abang Botak yang popular dengan khidmat van jenazah percuma, juga di Sandakan.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Putri, mereka boleh menghubungi Wan di talian 010-9417284.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain