suria

“Datang raikan pengantin, bukan timbulkan tragedi” - Pesanan ‘makan dalam’ wedding planner buat ibu bapa bawa anak ke majlis kahwin

Struktur hiasan terowong yang merupakan laluan utama memasuki dewan bagi majlis perkahwinan roboh gara-gara diusik seorang budak. Foto ihsan Mohammad Fauzi Abd Manan

MAJLIS perkahwinan masih dianggap sebagai taman permainan kanak-kanak bagi segelintir ibu bapa yang hadir sebagai tetamu untuk meraikan raja sehari.

Anak-anak kecil dibiarkan berlari ke sana sini, melompat tinggi dan main tidak tentu hala gara-gara sikap selamba sebahagian ibu bapa masa kini yang tak ada common sense.  

Malang tidak berbau, hiasan ‘terowong’ di sebuah majlis perkahwinan roboh akibat kanak-kanak yang ‘gatal tangan’ apabila bergayut pada tali di hiasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bising mak ayah tak guna ‘akal’, gadis nak larang kanak-kanak ke majlis nikah... “Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam”

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

ARTIKEL BERKAITAN: Di depan ada tok kadi, di belakang budak buat hal… Pengantin ‘gabra’ nama isteri panjang “Lafaz kedua, salam makin ketat…”

Beberapa tiang yang berdiri megah sebagai struktur terowong itu tumbang seperti permainan Domino, sehingga kecoh majlis perkahwinan yang sedang berlangsung!

Orang ramai cuba menegakkan semula tiang terowong yang roboh.

“Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita nak minta ganti rugi? Konfius konfius! Akhirnya mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu sampai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana? Nak pasang cerucuk besi ke kat bawah tu?,” ujar seorang perancang perkahwinan di laman sosial Instagram KL Wedding Ministry.

Dia yang juga pengurus venue di lokasi kejadian di Royal Palace di Shah Alam, Selangor berkata, insiden berlaku pada 25 Ogos lalu tetapi baru dimuat naik kerana mahu memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan menjaga anak-anak semasa majlis berlangsung.

Bercakap kepada mStar, pengurus berkenaan, Mohammad Fauzi Abd Manan, 30, memberitahu struktur hiasan itu merupakan laluan utama buat pengantin dan tetamu untuk memasuki dewan yang dipasang sejak 13 Julai lalu.

Seorang kanak-kanak (dalam bulatan) didakwa mencetuskan insiden struktur terowong roboh di sebuah majlis perkahwinan.

“Terowong ini merupakan hiasan tetap bagi venue di dalam dewan yang dirancang dipakai sehingga akhir tahun, dan sehingga ke hari kejadian, hampir 10 majlis perkahwinan telah berlangsung membabitkan kira-kira 14,000 pengunjung.

“Enam tiang dan pintu gerbang berdiri kukuh sepanjang tempoh itu, dan di situ juga orang ramai lalu-lalang dan menjadikan ia tempat sesuai untuk bergambar OOTD (Outfit of The Day),” katanya menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai struktur hiasan tidak kukuh sehingga menyebabkan ia roboh.

Macam mana kita nak deal dengan mak ayah dia pasal ganti rugi. Tak kan dia sanggup bayar kan? Jadi, saya membuat posting tu di laman sosial sebagai kesedaran kepada ibu bapa secara umum

POGY

Lebih dikenali sebagai Pogy, katanya, mujur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan terowong hiasan tersebut, tetapi kerugian akibat kerosakan dicatatkan lebih RM4,000.

“Ia merupakan susunan tiang yang didirikan secara berdekatan. Jadi bila ia tumbang macam domino dan hanya membabitkan lima tiang. Pintu gerbang dan tiang terakhir tidak terjejas.

“Ketika kejadian, pengantin masih berada di pelamin dan belum pun sempat makan beradab. Bila dah tumbang macam tu, petugas-petugas mengalihkannya ke tepi dewan supaya pergerakan tetamu berjalan lancar,” katanya. 

Struktur tiang terowong terpaksa dialihkan ke tepi dewan bagi melancarkan pergerakan majlis.

Menguruskan majlis perkahwinan sejak tiga tahun lalu, Pogy memberitahu dia tidak berhadapan sebarang masalah dengan pelanggan berhubung kejadian yang berlaku.

“Kita dapat kesan siapa budak kecil yang menjadi punca kejadian. Ada rakaman foto dibuat, memang dia asyik tarik tali pada tiang tersebut sebelum tumbang.

“Tapi tu lah, macam mana kita nak deal dengan mak ayah dia pasal ganti rugi. Takkan dia sanggup bayar kan? Jadi, saya buat posting tu di laman sosial sebagai kesedaran kepada ibu bapa secara umum,” katanya.

Mohammad Fauzi Abd Manan.

Susulan kejadian itu, katanya, struktur tiang tersebut didirikan semula dengan pemasangan hiasan bunga-bungaan dan props yang baharu berikutan ia mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang mahu mengadakan majlis perkahwinan di venue tersebut.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, struktur kayu dipasang di bahagian atas tiang-tiang untuk lebih kukuh, dan seorang petugas akan berada dekat terowong untuk memantau sepanjang majlis berlangsung. 

“Harap tiada lagi tiang tumbang macam domino dan mak ayah jangan tak reti bahasa. Tolonglah jaga anak-anak bila datang ke majlis perkahwinan. Datang nak raikan pengantin, bukan nak timbulkan tragedi,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain