suria

Peguam kongsi alat berguna bantu wanita elak gangguan seksual, ramai tak tahu spray lada tak digalakkan... ini sebabnya!

Gangguan seksual semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan golongan wanita mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga.

SEJAK kebelakangan ini ramai berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial.

Susulan itu seorang peguam tampil berkongsi beberapa peralatan yang boleh digunakan golongan wanita sebagai perlindungan diri semasa berdepan situasi cemas itu.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ikhwan mendedahkan salah satunya adalah penggera rogol (rape alarm).

"Bila alat ni diaktifkan, satu bunyi siren kuat 130/90 Db akan dikeluarkan untuk tarik perhatian orang. Sama-sama banteras jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk berjubah ceroboh koc wanita, buat aksi ‘terlampau’ dalam tren, “Saya nangis depan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Diraba lelaki ketika baru berusia 10 tahun buat wanita ini trauma sepanjang hayat, "Tiada maaf untuk pedofilia... mereputlah dalam penjara selamanya"

"Ada followers saya kata di DIY pun ada jual alat ni. Kita tak tahu apa niat jahat orang tapi bak kata orang tua, malang tu tak berbau tapi kita boleh ambil langkah berjaga jaga. I love you all and please stay vigilant," tulisnya.

Posting Ikhwan tular di Twitter.

Perkongsian bermanfaat itu mendapat 4,800 ulang kicau dan 3,300 tanda suka.

Bagaimanapuan, Ikhwan tidak menggalakkan penggunaan penyembur serbuk lada (pepper spray) untuk tujuan mempertahankan diri.

Jelasnya, peralatan itu dianggap sebagai senjata dan individu yang memilikinya boleh didakwa.

"Saya ada dapat nasihat dari mereka yang lebih arif, pepper spray adalah dianggap sebagai senjata in which boleh didakwa jika miliki (can cause bodily hurt).

"Anything that can cause bodily hurt is regarded as a weapon, itu apa yang diberitahu. Kena ada alasan kukuh untuk bawa dan hanya guna bila terancam," katanya.

Penyembur serbuk lada dan rape alarm antara peralatan yang sering digunakan wanita untuk tujuan keselamatan.

Sementara itu, seorang wanita turut mendedahkan kisah suaminya ditahan pihak berkuasa Singapura kerana membawa penyembur serbuk lada yang diletakkan sekali bersama kunci keretanya.

"True-true. Recently my husband kena tahan dengan Immigration Singapore dekat airport. He carried my car key because we exchanged cars.

Ini amat membantu. Terima kasih. Saya tidak tahu kewujudan peralatan ini sehingga saya temui tweet anda. Dan sekarang saya amat memerlukannya.

PELAYAR TWITTER.

"Rupanya sebab my pepper spray key chain yang i put together with my car key. Kena interrogate 30 minutes dalam bilik. So baru tau pepper spray dikira senjata," kata Hanis.

Menurut Hanis, suaminya membelikan peralatan itu sebagai perlindungan kepada dirinya yang sering bekerja sehingga lewat malam.

Taser juga dianggap sebagai senjata yang boleh mencederakan.

"Because I always traveling for work and sometimes work until late at night. So he bought me the spray just incase.

"So whenever i'm alone at a carpark or in an elevator, I terus in standby mode. Watch too many CSI I guess. Haha!" katanya.

Dalam pada itu, netizen turut berterima kasih di atas perkongsian bermanfaat itu.

"Ini amat membantu. Terima kasih. Saya tidak tahu kewujudan peralatan ini sehingga saya temui tweet anda. Dan sekarang saya amat memerlukannya," kata seorang pelayar Twitter.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain