suria

“Mak bapak dia orang buat apa di rumah?” - SPM belum lepas, geng remaja dah berani biadab, buat onar terang-terangan di kedai mamak

Paparan skrin video tular berkenaan. -foto Twitter @Tehpeng_

BIADAB, mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan sekumpulan remaja dalam satu video tular pada Sabtu.

Menurut individu yang berkongsi video berkenaan, beberapa remaja dipercayai berumur bawah 17 tahun melekatkan satu cawan di atas meja menggunakan gam gajah di sebuah restoran mamak.

Video berdurasi tiga saat itu memaparkan salah seorang petugas restoran berkenaan sedang mengikis gam yang dilekatkan di tapak cawan berkenaan menggunakan sebilah pisau.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah kenal, dua pelanggan bikin panas... spontan ‘battle rap’ di kedai mamak

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedih bila mereka fikir kita nak untung” - Pemilik restoran jawab resit tular caj ekstra pinggan, gelas

"Ada budak sekitar umur bawah 17 tahun ramai-ramai lepak kemudian gam gajah cawan kaca tu dekat meja.

"Apa masalah budak-budak ni? Mamak tu tak buat apa-apa masalah pun," tulis individu tersebut yang menggunakan daftar nama Twitter @Tehpeng_.

Video itu sehingga kini menerima lebih 14,500 ulang kicau (Retweet). Malah, ia juga sudah ditonton lebih 220,000 kali oleh pelayar Twitter.

Selain bertindak melekatkan gelas pada meja, pemilik akaun Twitter itu mendakwa kumpulan remaja berkenaan turut bertindak kurang sopan ke atas beberapa perempuan yang melewati kawasan berkenaan.

Check CCTV pastu report polis... ini juga salah satu kes yang boleh dikategorikan sebagai vandalisme.

NETIZEN

"Tak cerita lagi budak-budak tu siap cat called semua perempuan yang lalu buat bunyi tikus macam nak mampos. Haih aku semak betullah.

"Please la kalau ada adik-adik yang umur still dekat sekolah menengah, educatelah sebelum besar jadi sampah masyarakat," tulis pengendali Twitter itu.

Dalam pada itu, ramai netizen turut membanjiri ruangan balas posting itu dengan pelbagai komen.

Lagi komen-komen netizen.

Rata-rata mereka menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan remaja berkenaan.

"Inilah yang buat petition nak rambut panjang dekat sekolah. Nak stylish tapi bodoh.

"Bro, pesan kat mamak tu, kalau nampak diorang datang lain kali, letak gam kat kerusi diorang pulak. Biar dia rasa macam mana kena gam gajah kat kerusi.

"Check CCTV pastu report polis... ini juga salah satu kes yang boleh dikategorikan sebagai vandalisme.

"Kenapa sekarang ada lagi budak budak kurang diajar macam ni. Mak bapak dorang buat apa ja kat rumah?

"Kesian pulak tengok mamak tu, budak-budak ni memang minta dosa free ke macam mana? Patutnya pisau tu asah otak diaorang," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain