“Satu Malaysia maki saya” - Dituduh tolak, lempang wanita hamil, pemandu Honda tuntut permohonan maaf... ini penjelasan penuh! - Viral | mStar

“Satu Malaysia maki saya” - Dituduh tolak, lempang wanita hamil, pemandu Honda tuntut permohonan maaf... ini penjelasan penuh!

Gambar wajah dan kereta milik Shahril diviralkan individu dipercayai anak saudara kepada wanita hamil itu.

PEMANDU Honda Civic yang didakwa melempang seorang wanita hamil gara-gara perselisihan mengenai 'parking' meminta individu yang menyebarkan perkara tidak benar mengenai insiden itu supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dirinya dan keluarga.

Menurut Shahril Zainal yang juga pemandu dalam posting tular tersebut, tindakan pengguna akaun Facebook Miera Azmi yang turut memuat naik gambar wajah dan juga nombor plat kenderaannya menyebabkan maklumat peribadinya terdedah kepada umum.

"Saya cuma berharap individu yang viralkan insiden itu dan juga gambar saya dan kereta supaya buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga. Secara tidak langsung maklumat peribadi saya didedahkan kepada netizen yang tidak dikenali.

"Malah Facebook isteri saya juga dia letakkan di ruangan komen. Maruah keluarga saya semua dipermain-mainkan. Kes ni hanya antara saya dan mak cik dia, tapi kenapa dia perlu masuk campur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaulah bodoh, kaulah gila” punca wanita makan penumbuk? Isteri kongsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi 'signal'

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video tular lelaki tumbuk, tampar wanita di tengah jalan

"Ramai mendesak saya untuk buat saman malu tapi saya haraplah dia dapat buat permohonan maaf di Facebooknya. Jika dia tak nak mengaku salah sekali pun, cukuplah sekadar mengatakan dia tak sepatutnya viralkan insiden itu," katanya kepada mStar.

Laporan polis dipercayai dibuat wanita hamil itu mendakwa dirinya dikasari pemandu tersebut.

Jelas Shahril, dia terkilan apabila individu tersebut memutar belitkan kenyataannya semasa kejadian yang berlaku di tempat letak kereta berhadapan Family Mart dekat Taman Molek, Johor Bahru sehingga dia dikecam teruk.

"Sejujurnya saya tak ada sentuh wanita hamil itu. Apatah lagi melempang dan menolak dia sehingga jatuh. Semua itu tidak benar.

"Sebenarnya isu ini diviralkan oleh anak saudara wanita itu padahal dia tak ada pun di lokasi kejadian ketika itu.

"Apa yang buat saya terkilan dia siap tulis dekat Facebook baby dalam kandungan tak bergerak sebab dalam report polis dia kata saya tolak dan lempang wanita hamil tu. Itulah punca utama netizen marah," katanya.

Namun hakikatnya Shahril mendakwa, dia tahu keadaan wanita itu dan tidak akan bertindak di luar batasan.

"Saya tahu dia mengandung. Saya juga tahu kalau saya cederakan orang yang mengandung ni jadi kes berat.

"Kalau setakat dia nak jatuhkan air muka saya dengan fitnah saya lempang wanita itu, biar Allah yang balas. Saya cuit dia pun tak. Satu Malaysia maki saya.

Facebook milik Miera Azmi yang menyebarkan insiden itu sudah dipadamkan.

"Puas hati dia bila buat cerita macam ni. Saya minta dia ingat balik kejadian tu sama ada betul ke tak saya ada lempang dan tolak dia sampai jatuh," katanya.

Shahril bagaimanapun mengakui ada berkasar mulut dan menengkingnya sewaktu gambar kereta miliknya dirakam.

"Bila saya keluar dari Family Mart saya tengok dia tengah ambil gambar kereta saya. Saya jerkah dia sambil tepuk lampu depan motosikal dia. Dia gelabah hampir hilang kawalan sebab duduk atas moto.

Apa yang buat saya terkilan dia siap tulis dekat Facebook baby dalam kandungan tak bergerak sebab dalam report polis dia kata saya tolak dan lempang wanita hamil tu. Itulah punca utama netizen marah.

SHAHRIL ZAINAL

Pemandu Honda Civic

"Saya tanya dia nak buat apa ambil gambar kereta saya. Dia kata nak viralkan. Saya cuba halang sambil cuba nak ambil handphone dia. Kemudian anak dia keluar dia suruh rakam juga. Saya cakap juga dengan anak dia nak suruh parking dalam pun susah ke?

"Anak dia cakap nak buat report polis. Jadi saya jawab buatlah. Nanti saya nak buat dengan member saya juga. Tapi saya tak rasa benda ni boleh jadi panjang siap viral bagai," katanya yang turut membuat laporan polis pada Rabu.

Menceritakan detik insiden itu, Shahril berkata segalanya bermula apabila dia meminta wanita hamil itu untuk meletakkan motosikalnya dengan betul kerana parkir di kawasan itu sudah penuh.

Antara komen netizen di Facebook berkaitan insiden itu.

"Kalau tengok pada gambar dia parking tengah-tengah jadi saya minta dia masuk parking betul-betul. Tapi dia pula suruh saya cari parking kat tempat lain. Masa tu pula wife saya tengah pegang baby takkan saya nak double park.

"Moto tu boleh je masuk dalam tapi dia bising-bising dekat saya. Saya keluar saya cakap dengan dia guna suara tegas... masuk je pun susah ke. Dia melawan, saya pun berbalah.

"Masa nak pergi Family Mart dia sound baru pakai Honda dah berlagak. Kenapa perlu label orang macam tu. Saya pun cakap guna bahasa kasar dan terus pergi beli Oden," katanya.

Usaha untuk mendapatkan komen Miera Azmi berkaitan postingnya tidak berhasil apabila akaun Facebooknya sudah dipadamkan.

Honda Civic , lempang , tolak , Family Mart , hamil

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL