suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut video dakwaan bercium dalam kedai kopi viral, remaja ikut arahan pengguna Threads ‘top up’ Touch 'n Go RM800

Tangkap layar video tular membabitkan seorang remaja dan rakannya yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh.

TINDAKAN bergurau bersama rakan berlainan jantina di sebuah rangkaian kedai kopi menjadi mimpi ngeri buat seorang remaja lelaki apabila video yang memaparkan aksi mereka tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai kecaman.

Lebih memburukkan keadaan, remaja berusia 18 tahun itu turut menjadi mangsa peras ugut hingga mengalami kerugian sebanyak RM800.

Menerusi perkongsian di Threads, remaja berkenaan menjelaskan aksi dalam video tersebut sebenarnya hanyalah gurauan sambil mendengar lagu popular di TikTok, bukannya aksi bercium seperti yang didakwa pihak yang berkongsi klip berkenaan.

"Kami memohon maaf jika aksi kami itu mencurigakan.Kami hanya bergurau senda dan berharap orang ramai memadam serta melaporkan video tersebut jika masih menemuinya," katanya.

Susulan itu, remaja berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Port Dickson pada Rabu.

Berkongsi laporan polis yang dibuat, remaja terbabit memaklumkan dia menghubungi pemilik akaun Threads yang memuat naik video berkenaan untuk meminta ia dipadamkan.

Namun, individu terbabit didakwa meminta beberapa kod tambah nilai Touch 'n Go (TNG) sebagai syarat untuk memadam video tersebut.

Kerana bimbang video itu terus tular, dia mendakwa menyerahkan kod tambah nilai TNG secara berperingkat membabitkan RM100, RM200, RM200 dan RM300, dengan jumlah keseluruhan RM800.

Bagaimanapun, apabila menyemak semula akaun Thread individu terbabit dia mendapati video tersebut masih belum dipadam seperti yang dijanjikan.

Artikel Lain