GIGITAN anjing bukan sekadar luka biasa pada kulit, tetapi boleh mengundang jangkitan serius jika tidak dirawat dengan segera.Pakar Perubatan Keluarga, Dr Kent Khaw menjelaskan mulut haiwan tersebut mengandungi pelbagai jenis bakteria yang mudah menjangkiti kulit serta tisu lembut. Jika tersilap langkah, jangkitan berkenaan boleh melarat sehingga merebak ke tulang atau aliran darah.Berkongsi pengalaman di kliniknya, Dr Kent memberitahu bahawa beliau menerima banyak kes gigitan anjing di dua cawangan kliniknya di Pulau Pinang sejak dua bulan lalu.Katanya, ada pesakit yang hanya mengalami luka kecil atau calar, namun sebahagiannya terpaksa dirujuk ke hospital untuk menjalani prosedur pembuangan tisu mati melalui pembedahan (surgical debridement).Jelasnya, prosedur itu dilakukan bagi membuang tisu yang rosak atau mati supaya luka dapat sembuh dengan lebih baik, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.Menerusi hantaran di media sosial, Dr Kent turut berkongsi tiga langkah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang digigit anjing bagi mengurangkan risiko komplikasi.1. Basuh luka dengan segeraGunakan air yang mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit kerana langkah ini penting untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria serta rabies.2. Jangan tunggu luka bernanahDapatkan rawatan secepat mungkin walaupun luka kelihatan kecil.Doktor akan menilai sama ada luka memerlukan pembersihan lebih mendalam, antibiotik atau jahitan kerana tidak semua luka gigitan sesuai dijahit serta-merta.3. Pastikan risiko tetanus dan rabies dinilaiDoktor akan menilai sama ada anda memerlukan suntikan tetanus atau rawatan pencegahan rabies (rabies post-exposure prophylaxis atau PEP) berdasarkan jenis haiwan yang menggigit, keadaan gigitan dan status vaksinasi haiwan tersebut.Bagaimanapun, Dr Kent menegaskan jangkitan bakteria selepas gigitan anjing sebenarnya lebih kerap berlaku berbanding rabies.