suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang datuk tinggal sendirian, cucu bangun aplikasi khas ingatkan makan ubat sebelum masuk universiti

Ma mencipta aplikasi tersebut untuk kegunaan datuk semasa ketiadaanya kelak.

KASIH sayang terhadap keluarga tidak semestinya dizahirkan melalui ucapan atau pemberian hadiah atau wang ringgit.

Bagi seorang remaja di China, kasih diterjemahkan dengan cara cukup bermakna apabila dia membangunkan aplikasi menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu datuknya mengingati waktu pengambilan ubat.

Lebih menyentuh hati, aplikasi berkenaan dihasilkan kerana dia bakal melanjutkan pengajian ke universiti di bandar lain bermula September ini.

Menurut remaja berasal dari Shanghai itu, dia bimbang datuknya yang tinggal bersendirian sukar menguruskan pengambilan ubat apabila ketiadaannya nanti.

Ma Kai, 18, memaklumkan dia baru sahaja menamatkan sekolah menengah dan menduduki peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan China (gaokao) pada Jun lalu.

Dia berkongsi mengenai aplikasi ciptaannya ketika menghadiri Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) di Shanghai pada pertengahan Julai sebagai pengunjung.

Kisah pengunjung bernama Ma mendapat perhatian ketika menghadiri satu persidangan AI di Shanghai.

Ketika ditemu bual media tempatan, dia memperkenalkan aplikasi yang dibangunkan sendiri bagi mengingatkan datuknya supaya mengambil ubat mengikut jadual.

Menurut Ma, aplikasi itu dibangunkan menggunakan model bahasa besar (large language models) MiniCPM, iaitu teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dihasilkan oleh syarikat teknologi berpangkalan di Beijing, ModelBest.

Bagaimanapun, remaja itu tidak mendedahkan nama aplikasi berkenaan dan hanya memaklumkan ia dibangunkan menggunakan model bahasa berkenaan.

Katanya, dia menghadiri persidangan berkenaan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar syarikat itu bagi menambah baik aplikasi berkenaan.

Walaupun masih di peringkat awal pembangunan, aplikasi itu sudah mampu mengesan sama ada ubat telah tamat tempoh selepas pengguna memuat naik gambar bungkusan ubat.

Sekiranya ubat didapati sudah luput, sistem akan mengeluarkan amaran suara meminta pengguna tidak mengambil ubat tersebut.

Ma berkata, dia dibesarkan oleh datuknya yang kini berusia lingkungan 70-an dan mempunyai beberapa masalah kesihatan serta memerlukan pengambilan ubat secara berkala.

Disebabkan bakal berpindah ke bandar lain untuk menyambung pengajian, dia bimbang datuknya terlupa atau tersalah ubat akibat masalah ingatan atau tanpa sedar mengambil ubat sudah tamat tempoh.

Atas sebab itu, dia menghasilkan aplikasi berkenaan bagi membantu datuknya menguruskan jadual pengambilan ubat dengan lebih selamat.

Perkongsian itu menerima pujian meluas daripada warga maya menyifatkan AI bukan sahaja mampu mengubah dunia, malah boleh dimanfaatkan untuk menjaga ahli keluarga.

Malah ramai turut berharap aplikasi seumpama itu dapat digunakan bagi membantu ibu bapa atau warga emas lain menguruskan pengambilan ubat dengan lebih mudah. -Agensi

Artikel Lain