suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan ambil ringan anak mengadu mata gatal, ibu terkejut doktor keluarkan serangga bersayap

Keadaan mata kanak-kanak itu selepas berjaya mengeluarkan serangga bersayap yang tersangkut.

RASA gatal atau tidak selesa pada mata anak sering dianggap perkara biasa, sama ada disebabkan habuk atau iritasi.

Namun, siapa sangka ia juga boleh berpunca daripada serangga bersayap yang tersangkut di dalam mata.

Berkongsi pengalaman, Elysa Majanap berharap kisah dilalui anak lelakinya menjadi peringatan kepada ibu bapa supaya lebih peka terhadap setiap aduan atau perubahan pada anak, terutama pada bahagian sensitif seperti mata. 

Menurut wanita itu dalam hantaran di media sosial, pada 26 Julai apabila anaknya mengadu matanya gatal sejak awal pagi.

"Mula-mula tiada kesan merah atau tahi mata. Kami pun lalui hari dengan baik. Dia makan, belajar dan tengok program di televisyen seperti biasa. Sampai makan malam semua nampak biasa.

"Selepas makan dia baru mengadu. Mummy mata saya gatal. Saya pun cuba lihat tapi benar-benar benda (serangga) itu ada di situ. Saya tengok dan tiup-tiup biasa saja. Sampai malam dia tidur," ujar si ibu.

Keesokan harinya, 27 Julai, anak lelakinya ini bangun lewat dan kembali menggosok mata sambil mengadu rasa gatal.

Elysa mengakui ketika itu dia tidak memeriksa mata anak dengan lebih teliti, sebaliknya menghubungi suaminya untuk membeli ubat titis mata.

Doktor mencuci bahagian dalam mata kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, sebaik suaminya mahu menitiskan ubat ke dalam mata anak, mereka akhirnya menyedari terdapat bendasing dalam mata kanak-kanak tersebut.

Tanpa berlengah, pasangan itu terus membawa anak mereka ke sebuah klinik kesihatan untuk mendapatkan pemeriksaan.

"Mata anak saya dicuci oleh doktor dan dibiarkan sekejap bersama air yang bersih dalam beberapa minit. Kemudian doktor mula ambil serangga tersebut. 

"Tidak sangka, tidak di duga, benda yang ada dalam mata anak adalah serangga bersayap. Sudah lebih kurang dua hari ia berada dalam matanya," ceritanya lagi namun tidak menjelaskan secara terperinci spesies serangga tersebut.

Menurut Elysa, doktor memaklumkan objek tersebut hampir mengenai bahagian mata hitam dan mereka bersyukur kerana ia tidak melekat pada kawasan berkenaan.

Elysa berharap pengalaman dilaluinya dapat dijadikan pengajaran kepada ibu bapa agar tidak memandang ringan setiap aduan anak walaupun mata kelihatan normal dan tiada tanda kemerahan atau bengkak.

Menurut Elysa, ibu bapa tidak digalakkan untuk cuba mengeluarkan sendiri objek masuk ke dalam mata kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan kecederaan lebih serius, terutama jika objek itu berada berhampiran bahagian mata hitam.

Artikel Lain