RAMAI menganggap cepat semput ketika menaiki tangga hanyalah petanda kurang bersenam atau faktor peningkatan usia.Hakikatnya, keadaan itu tidak semestinya berpunca daripada tahap kecergasan rendah, malah dalam sesetengah kes ia boleh menjadi isyarat awal masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Menurut perkongsian Public Health Malaysia, jika aktiviti yang sebelum ini mudah dilakukan tiba-tiba menyebabkan nafas menjadi pendek, dada berdebar dan kaki terasa berat, perubahan tersebut tidak seharusnya dipandang ringan.Berikut lima punca seseorang mudah semput ketika menaiki tangga atau melakukan aktiviti ringan:1. Kurang aktif secara fizikalApabila tubuh jarang bergerak, jantung dan otot perlu bekerja lebih keras walaupun hanya untuk melakukan pergerakan harian seperti menaiki tangga.2. Berat badan berlebihanLebihan berat badan menyebabkan tubuh memerlukan lebih banyak oksigen ketika bergerak kerana tubuh perlu membawa beban yang lebih besar.3. AnemiaMasalah anemia turut boleh menyebabkan seseorang mudah tercungap-cungap kerana paras hemoglobin yang rendah mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke seluruh badan. Keadaan itu biasanya disertai gejala lain seperti kelihatan pucat, mudah letih, pening dan jantung berdebar.4. Asma atau masalah saluran pernafasanSesetengah individu mungkin mengalami batuk, dada terasa ketat atau bunyi berdehit, terutama ketika melakukan aktiviti fizikal.5. Masalah jantung atau paru-paruSemput yang semakin teruk atau berlaku ketika melakukan aktiviti ringan juga boleh menandakan masalah pada jantung atau paru-paru, lebih-lebih lagi jika disertai sakit dada atau kesukaran bernafas.Public Health Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan perubahan pada kemampuan fizikal masing-masing.Dapatkan pemeriksaan kesihatan segera jika semput:a) Semakin kerap atau semakin teruk.b) Berlaku ketika berjalan perlahan.c) Disertai sakit atau tekanan pada dada.d) Menyebabkan pening, hampir pitam atau peluh sejuk. e) Berlaku bersama kaki bengkak.f) Menyebabkan bibir atau jari kelihatan kebiruan.Menurut Public Health Malaysia, tahap kecergasan yang rendah boleh dipertingkatkan secara beransur-ansur melalui senaman dan gaya hidup sihat.Bagaimanapun, semput yang baru berlaku atau semakin serius tidak boleh dianggap perkara biasa kerana ia mungkin petanda masalah kesihatan memerlukan pemeriksaan serta rawatan awal.