SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami sakit kepala yang ada kalanya boleh memberi maksud atau petanda kepada sesuatu penyakit lain.Sakit kepala boleh berlaku dengan rasa seperti kepala diikat, berdenyut di sebelah kepala atau sakit yang hanya tertumpu di sekitar bahagian mata. Biasanya sensasi kesakitan di bahagian tertentu boleh dikaitkan dengan keadaan tertentu.1. Seluruh atau kedua-dua belah kepalaJika kepala terasa seperti diikat atau ditekan, ia sering menyerupai tension-type headache.Kesakitannya biasanya ringan hingga sederhana, tidak berdenyut dan lazimnya tidak menjadi lebih teruk ketika melakukan aktiviti harian.2. Sebelah kepalaSakit berdenyut pada satu sisi kepala sering dikaitkan dengan migrain.Ia juga boleh disertai loya, muntah serta sensitif terhadap cahaya atau bunyi tetapi migrain juga boleh berlaku pada kedua-dua belah kepala.3. Sekitar atau belakang sebelah mataKesakitan yang sangat kuat di sekitar mata atau pelipis, terutama jika mata berair, merah atau hidung tersumbat pada bahagian sama, boleh menyerupai cluster headache.Serangannya biasanya singkat tetapi sangat menyakitkan dan boleh berlaku berulang kali.Sakit kepala boleh terjadi ketika sedang melakukan kerja. -Gambar hiasan4. Dahi dan mukaSakit di bahagian dahi tidak semestinya berpunca daripada masalah sinus.Migrain, tension headache serta masalah pada mata, hidung, sinus atau gigi juga boleh menyebabkan kesakitan di bahagian hadapan kepala dan muka.5. Belakang kepala dan tengkukSakit bermula dari tengkuk mungkin berkaitan dengan struktur tulang, sendi atau tisu lembut pada leher.Keadaan itu lebih berkemungkinan jika turut disertai sakit leher atau pergerakan leher yang terbatas.Orang ramai dinasihatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya:a) Datang secara tiba-tiba dan sangat kuat.b) Disertai kebas, lemah anggota atau pertuturan terganggu.c) Menyebabkan penglihatan hilang, sawan atau kekeliruan.d) Disertai demam tinggi dan tengkuk kaku.e) Berlaku selepas kecederaan kepala. Perkongsian Public Health Malaysia turut mengingatkan bahawa orang ramai tidak seharusnya membuat diagnosis sendiri hanya berdasarkan lokasi sakit kepala.Sebaliknya, sakit kepala yang kerap berulang, semakin teruk atau mula mengganggu kehidupan harian perlu diperiksa oleh doktor bagi mengenal pasti punca sebenar.