suria

Timbalan pengerusi NGO antara direman 4 hari, bantu siasatan penyelewengan dana zakat RM230 juta

Perintah tahanan reman dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009. -Gambar hiasan

TIMBALAN pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO antara dua individu direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat bernilai kira-kira RM230 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki tersebut dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada Rabu.

Dilaporkan, kedua-dua suspek masing-masing merupakan timbalan pengerusi dan ahli jawatan kuasa (AJK) NGO tersebut ditahan petang Selasa.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Media pada Selasa melaporkan SPRM Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Dalam operasi itu, SPRM turut menyita 18 kenderaan mewah termasuk jenama Porsche dan Mercedes-Benz serta rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, selain pelbagai harta alih lain seperti wang tunai dan jam tangan berjenama.

SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.

Artikel Lain