suria

Pelajar didakwa pijak al-Quran dibuang universiti

Penuntut itu dibuang universiti selepas didakwa mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik.

SEORANG penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dikenakan tindakan buang universiti selepas didakwa mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, keputusan itu diharap menjadi pengajaran kepada warga universiti agar lebih berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan.

"Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti Dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Vikneswaran tak mengaku salah pijak al-Quran

"UMPSA bertegas tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian mengaitkan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam di negara ini," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, pihak Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA juga sudah bersidang pada 9 Mac lalu.

Untuk rekod, S Vikneswaran, 21, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada 3 Mac lalu, namun dia mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.

Dia ditahan pada 25 Februari bagi membantu siasatan selepas disyaki memijak al-Quran.

 

Artikel Lain