suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka gastrik, rupanya gadis 16 tahun hamil dirogol warga Bangladesh sebanyak 4 kali

Kebanyakan wanita gemar merahsiakan kehamilan. -Gambar hiasan

SEORANG ibu meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila mengetahui anak perempuan yang baru berusia 16 tahun hamil.

Situasi itu terbongkar selepas suri rumah terbabit membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu.

Mendedahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada Mei lalu.

"Sebelum itu, wanita berkenaan membawa anaknya yang mengadu sakit perut ke klinik, namun ketika itu doktor mengesyakinya mengalami gastrik.

"Beberapa bulan kemudian, mangsa telah buat rawatan susulan selepas perutnya dilihat makin membesar dan ibunya terkejut apabila pihak hospital mengesahkannya hamil," katanya pada Isnin.

Tambah Johari, ibu remaja itu kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerja yang merupakan warga Bangladesh.

Susulan itu, suspek berusia 31 tahun ditahan di Balai Ketibaan KLIA kira-kira pukul 11.44 pagi, Isnin.

"Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terlibat dalam kes rogol dan mangsa merupakan rakan sekerjanya.

"Selepas kejadian, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke Bangladesh dan suspek mengaku melakukan perbuatan rogol tersebut sebanyak empat kali," katanya.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pada hari ini untuk permohonan reman.

Artikel Lain