suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa kedua hilang ketika ambil bola dalam longkang ditemukan lemas

Anggota bomba turut terbabit dalam operasi mencari mangsa. -Gambar hiasan

REMAJA lelaki yang dilaporkan hilang pada Khamis selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana di Kajang, Selangor ditemukan lemas, Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Naazron Abdul Yusof berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu dijumpai tersangkut pada konkrit di kawasan kolam takungan air di Taman Prima Saujana pada pukul 8.35 malam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Dalam insiden sebelum ini, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang.

Susulan itu, mayat mangsa adik berusia 12 tahun ditemukan pada pukul 7.47 malam pada hari kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, Kajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 10 malam.

Artikel Lain