suria

[V] Aksi lelaki pakai topi keledar ‘bertarung’ seorang diri di kubur cetus tanda tanya

Aksi seorang lelaki yang seolah-olah sedang bersilat di sebuah kawasan perkuburan Islam menjadi tular.

TULAR satu klip video di laman sosial memaparkan aksi seorang lelaki yang melakukan gerakan seakan-akan sedang bersilat di tanah perkuburan, sekali gus mencetuskan tanda tanya warga maya.

Menerusi rakaman [Tonton Video] berdurasi 28 saat itu, lelaki tersebut yang memakai topi keledar dilihat seperti sedang 'bertarung' seorang diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan pertama terus buat ‘projek’ dalam kereta... Dua lelaki viral dalam Perodua Alza baru berkenalan 2 minggu

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di sebuah tanah perkuburan Islam di Kluang, Johor. 

Bagaimanapun, pemilik video tidak menyatakan tarikh dan masa sebenar rakaman berkenaan dibuat.

Sementara itu di ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai andaian namun tidak kurang juga ada yang melahirkan kebimbangan kemungkinan ia berkaitan dengan ajaran tertentu.

"Kesian pengamal ilmu salah ni.

"Pengambilan dos dadah berlebihan dan terlalu taksub dengan amalan senaman tai chi.

"1001 jenis gila dalam dunia," demikian komen netizen. 

Artikel Lain