PEMPENGARUH dan usahawan, Prince Syed Shahid sekali lagi mencuri tumpuan apabila dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Klang, pada pagi Jumaat.
Prince Syed, 33, atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman dilihat menggenggam tangan isterinya Fatin Syazwani, 27, dengan ditemani kakaknya, Queen Syarifah Syah.
Difahamkan, kehadiran pempengaruh tersebut adalah bagi mengikut prosiding pertuduhan membabitkan keluarga mentuanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa mentua pempengaruh antara 4 ditahan polis bantu siasatan kes gaduh
ARTIKEL BERKAITAN: Fatin menyesal bedah bariatrik, tak sangka keluarga bergaduh besar... Prince Syed buka cerita rupanya dah lama dibenci mentua
Awal bulan lalu, empat individu termasuk ibu dan bapa mentua pempengaruh itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang bagi membantu siasatan susulan insiden pergaduhan di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, dekat Klang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.
Kemelut membabitkan Prince Syed dan keluarga mentuanya tercetus selepas pempengaruh itu didakwa menghalang mereka bertemu dengan isterinya.
Kemuncak pertelingkahan tercetus pada petang 2 November lalu apabila keluarga mentuanya 'menyerang' dan mencetuskan kekecohan di hadapan sebuah rumah, dipercayai kediaman kakak kepada pempengaruh berkenaan.
Dalam video yang tular, ibu mentua pempengaruh itu menuduhnya menjadikan isteri sendiri seperti 'tikus makmal' dan memaksanya menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk pelangsing badan.


