suria

Dah minum suku gelas baru sedar katak dalam air asam boi - “Sikit pun tak minta maaf”

Pelanggan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas kedai berkenaan.

SEORANG wanita mendakwa menemui seekor katak dalam segelas minuman asam boi yang dipesannya di sebuah restoran.

Menurut pengguna TikTok itu, kejadian berlaku di sebuah premis perniagaan di Sendayan, Negeri Sembilan.

"Lepas dia (pekerja) hantar air tu, macam biasalah saya kacau dan minum. Bila dah minum suku air tu, saya tengok belah bawah macam ada benda pelik.

"Saya kacau dan cuba naikkan ia ke atas guna straw, barulah katak tu muncul. Tak dijangka sebab warnanya sama macam asam boi.

"Sumpah tergamam, tak terkata. Menggigil. Yang tertanya-tanya, ya saya dah minum suku (gelas) air tu," tulis pengadu.

Dalam hantaran berasingan, wanita itu turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas premis berkenaan.

"Cari benda tersembunyi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tolong ambil tindakan. Sikit pun tak ada kata maaf. Sumpah pengotor," tulisnya lagi.

Video itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.

"Tolong laporkan sampai mereka kena (tindakan). Benda kita makan, masuk dalam perut jangan buat main. Katak pula tu.

"Ini air paling eksotik kamu boleh minum di Malaysia. Asam boi dengan add-on katak.

"Aku tertelan semut pun siap berus gigi sebab geli. Tak boleh bayangkan kalau katak," tulis netizen.

Artikel Lain