suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri kehilangan 6 beranak terjawab… Orang ramai kecoh jumpa kereta di dasar Sungai Korok

Sebuah kereta ditemukan di Sungai Korok pada pagi Isnin.

SEBUAH kereta ditemui tenggelam di Sungai Korok, Jitra, Kedah pada pagi Isnin.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dikerahkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa.

Setakat ini enam mayat ditemukan dalam kereta yang tenggelam itu, namun identiti mereka masih belum disahkan pihak berkuasa.

Orang ramai turut berkumpul di kawasan sungai itu selepas kecoh berita penemuan kereta berkenaan.

Penemuan kereta itu turut dikaitkan dengan kehilangan enam sekeluarga yang gagal dikesan sejak Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita membuat laporan polis apabila keluarga abangnya gagal dikesan selepas pulang bermalam di rumahnya di Taman Aman.

Menurut pengadu, Nur Adliah Shuhada, abangnya, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, datang bermalam di rumahnya Jumaat lalu bersama isteri dan empat anak mereka.

Anak mereka berusia 9, 8, 7 tahun dan bayi berusia enam bulan.

Mereka sekeluarga itu menetap di Jerlun.

Artikel Lain