SEORANG lelaki terjatuh ke dalam laut selepas terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.
Menerusi video [Tonton Video] tular di TikTok pada Sabtu, mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang sedang menaiki bot di kawasan itu.
"Kemalangan tak terduga. Brother ni kemalangan dari Jambatan Penang 1, jatuh ke laut.
Beberapa lelaki mengangkat mangsa untuk dinaikkan ke atas bot.
"Dia cakap dia langgar 'bontot' kereta. Tu terbabas masuk laut. Motor kat atas jalan. Dia je tercampak bawah.
"Kebetulan bot kami lalu di situ," tulis pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Hye Rul.
Menerusi video itu, kelihatan beberapa lelaki membantu menarik mangsa untuk dinaikkan ke atas bot.
Mereka turut menggunakan jaring ikan untuk mengambil topi keledar mangsa yang terapung di laut.
ARTIKEL BERKAITAN: Bomba selamatkan lelaki jatuh jambatan Pulau Pinang
Seluar dipakai mangsa dilihat terkoyak dan dia kedengaran mengerang kesakitan ketika diselamatkan.
Turut kelihatan ramai penunggang motosikal berhenti di atas jambatan bagi melihat usaha menyelamatkan mangsa.
Sehingga kini, video itu menerima lebih 800,000 tontonan.
"Terima kasih doakan mangsa. Brother tu dah selamat. Yang belum selamat kami ni tengah 'kumpau' memancing. Minta tolong doakan dapat ikan besar bas," tulis pemilik TikTok itu lagi.
Rata-rata netizen turut mengucapkan terima kasih atas jasa baik kumpulan pemancing itu yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.