suria

Pelajar Tingkatan 4 maut, rakan parah motosikal hilang kawalan

Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

SEORANG penunggang motosikal lelaki berusia 16 tahun maut manakala pemboncengnya cedera parah, akibat kemalangan di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila penunggang hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan pada kira-kira pukul 9.45 malam Jumaat.

“Penunggangnya cedera di kepala dan maut di tempat kejadian manakala pemboncengnya cedera di leher dan kaki.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

“Kami menyiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat Trafik Insp Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875,” katanya. -The Star

Artikel Lain