suria

Bakar karikatur PM: Anwar arah mahasiswa terbabit tak dibuang universiti, 'sayang' masa depan anak muda

Anwar tidak mahu pelajar UMS terlibat protes dikenakan tindakan.

SEKUMPULAN pelajar di Sabah mengundang kemarahan ramai selepas mereka membakar karikatur menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sebalik tindakan melampau itu, Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk tidak mengambil tindakan ke atas pelajar terlibat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar yang juga bekas aktivis mahasiswa dan reformis sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Insiden pembakaran karikatur perdana menteri di Kota Kinabalu mengingatkan kita betapa besar harapan rakyat agar rasuah dibanteras sampai ke akar umbi. 

"Perdana menteri sendiri muncul daripada gerakan mahasiswa dan pernah memimpin gerakan reformasi di jalanan, maka beliau benar-benar memahami suara itu.

"Selaras dengan pendekatan MADANI yang mengutamakan nilai ihsan, perdana menteri mengarahkan KPT dan UMS agar pelajar yang terlibat tidak disekat perjalanan akademiknya.

This morning, I held a forty-minute virtual meeting with U Mahn Win Khaing Than of Myanmar’s National Unity Government (NUG). Our discussion focused on the urgent humanitarian needs of the Myanmar people and the importance of ensuring that assistance reaches those most in need.We also exchanged views on the importance of continued dialogue. He expressed openness to the prospect of meeting in person in Malaysia at an appropriate time. As with my earlier meeting with the State Administration Council, the conversation was constructive. Neither side raised objections to our engagement with the other.Trust-building remains essential, and it is vital that this continues to be an ASEAN-led effort. We will continue to engage all parties in support of peace, reconciliation and the well-being of the people of Myanmar.—Pictures courtesy of Anwar Ibrahim Facebook

Anwar berkata semangat perubahan bermula dengan keberanian anak muda menyuaarakan kebenaran. 

"Masa depan anak muda tidak harus terkorban dalam arus perbezaan pandangan," katanya dalam Taklimat Media oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.

Tambahnya, Anwar turut menitipkan pesan bahawa semangat perubahan bermula dengan keberanian anak muda menyuarakan kebenaran berlandaskan fakta dan niat yang tulus. 

Dalam pada itu, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) memuji Anwar dan menyifatkannya sebagai insan berjiwa besar apabila mengarahkan KPT dan pihak universiti tidak mengambil tindakan keras ke atas pelajar terlibat.

MPKK turut mengecam tindakan kumpulan pelajar itu yang dianggap boleh mencemarkan institusi pengajian tinggi yang menjadi medan ilmu dan intelektualisme.

"MPPK mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini. Ia bukan sahaja mencerminkan ketandusan pemikiran rasional, malah berisiko mengganggu ketenteraman awam serta menghakis nilai kesarjanaan," menurut kenyataan itu.

Ahad lalu, sekumpulan pelajar menamatkan Protes Gempur Rasuah Sabah 2.0 yang berlangsung 22 jam dengan membakar poster Anwar.

 

Artikel Lain